Pelik Polis kata nak selesaikan kes penyeludupan warga asing yang melibatkan 7 Kakitangan Imigresen. Namun tindakan di ambil ialah di ISA pula.
Benarkah polis boleh siasat semasa 7 orang di bawah tahanan ISA?
Jika polis mempunyai bukti yang kukuh, dakwalah mereka itu di mahkamah.Adakah Polis takut jika mendakwa mereka di mahkamah, nama 'jerung' akan terdedah?
KUALA LUMPUR: Polis menahan tujuh kakitangan Jabatan Imigresen di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan warga asing ke negara ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, turut ditahan ialah dua warga asing.
Kesemua mereka ditahan dalam operasi pada Ahad lalu sehingga semalam.
"Polis akan berusaha segala yang mungkin bagi memastikan Malaysia tidak menjadi negara transit untuk warga asing melakukan aktivit jenayah.
"Penahanan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci, bagi membanteras kegiatan sindiket terbabit yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, Selasa.
Dalam pada itu, Ismail berkata, kegiatan sindiket itu bukan sahaja menimbulkan ancaman kepada negara tetapi juga di rantau ini.
Bagaimanapun, Ismail enggan mendedahkan identiti mereka yang ditahan. - Mstar
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment