Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 14, 2010

TAHNIAH SELANGOR TERUS MAJU ! KILANG TERBESAR TENUSU


Syukur alhamdulillah atas kejayaan Negeri Selangor, Kedah & Pulau Pinang yang menjadi pelaburan termaju di Malaysia. Dan kini Selangor di bawah Pakatan Rakyat terus menyengat dengan Kilang Terbesar di rantau ini yang akan dibina di Pulau Indah.
Inilah saat rakyat Negeri Selangor khasnya dan umumnya rakyat Malaysia harus sedar dan celik undi bila melihat kepesatan negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat.
Semoga rakyat Malaysia yang belum mengundi Pakatan Rakyat akan bersemangat menjadikan PRU13 masa untuk jadikan semua negeri dan pentingnya Malaysia diperintah oleh Pakatan Rakyat.


KUALA LUMPUR - Bersempena dengan tarikh unik (10.10.10) semalam, F&N Dairies (M) Sdn. Bhd. (F&N Dairies) turut tidak ketinggalan untuk mencatat sejarah apabila melancarkan kerja-kerja pembangunan kilang terbarunya di Pulau Indah di Selangor.
Kilang terbaru yang bernilai RM350 juta yang ditempatkan dalam kawasan Hub Halal Negeri Selangor itu yang dijangka siap sepenuhnya menjelang separuh kedua tahun 2011 bakal menjadikan ia sebagai pengeluar susu dalam tin terbesar di rantau ini.
Ketua Pegawai Operasi Bahagian Tenusu F&N Dairies, Tony Lee berkata, kilang terbaru itu mampu menghasilkan kira-kira 14 juta karton susu isian sejat dan susu pekat setahun.
"Kilang terbaru di Pulau Indah membolehkan syarikat untuk menghasilkan dan membekalkan portfolio produk tenusu secara lebih meluas termasuk pengeluaran produk-produk baru.
"Ia juga akan menampung jangkaan peningkatan permintaan barangan tenusu F&N Dairies untuk beberapa tahun yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

No comments: