Dr Norraesah ibaratkan penggabungan Utusan-NSTP macam perkahwinan antara pengidap HIV dengan orang sihat.
Utusan Melayu (M) Berhad memang teruk sehingga kini, penjualannya menurun teruk berbanding akhbar KOSMO dan Metro yang menaik begitu dramatik sekali.
Ini bermakna, memang Utusan sedang menunggu masa nak mati terkubur atau tukar nama lain atau jadi akhbar tabloid.
Isu cadangan penggabungan Utusan Melayu (M) Berhad dengan The New Straits Times Press (NSTP) terus bergema di sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara Rabu dimana Senator Datuk Dr. Norraesah Mohamad yang lantang membantahnya menyamakannya ibarat seorang yang mengidap HIV dan seorang yang sihat berkahwin.
“Maka kedua-duanya akan sakit,”katanya sambil menyatakan bahawa sejarah telah membuktikan banyak penggabungan dua syarikat yang mempunyai tradisi dan budaya kerja yang berlainan sebelum ini berakhir dengan kegagalan.
Katanya penggabungan tiga syarikat perladangan iaitu Sime Darby Bhd., Kumpulan Guthrie dan Golden Hope tidak boleh disamakan seperti Utusan dan NSTP kerana ketiga syarikat itu mempunyai hala tuju dan kekuatan yang sama.
Sebaliknya,tambah beliau Utusan dan NSTP jelas berbeza dari segi misi dan tradisi.
“Saya tak rasa penggabungan ini akan membawa hasil yang baik ,” kata Norraesah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2007.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment