"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini.
Bajet terakhir dah dibentang cuma rayuan hari-hari terakhir beliau kena canangkan sebabnya memang beliau tak yakin boleh pertahankan BN 1Malaysia ditambah pula dengan andaian Tun Mahathir bahawa sukar DS Najib dapat 2/3 di PRU13 nanti.
Beliau ingat akan selamat Parlimen Pekan untuk dirinya kerana banyak undi tentera di sana. Sebab itu beliau beria-ia mempertahankan Putrajaya walau apacara sekalipun.
Bahaya perkataan walau apa cara !! Cara kotor pun boleh? Atau cara darurat?
Pakatan Rakyat tak perlu kecaikan badan orang UMNO/BN, tapi dengan undi rakyat sahaja dah boleh rampas Putrajaya dan semua negeri DUN dan Parlimen dengan cara baik.
Najib juga memberi amaran agar debat isu perkauman jangan lagi dipersoalkan dan dibincangkan. Jangan cabar hak keistimewaan orang Melayu.
“Sayang seribu kali sayang juga, setelah 53 tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini.
“Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara,” katanya lagi.
“Awaslah, awaslah kita terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya,” kata Najib.
Najib juga berkata, bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali.
“Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain,” katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bagus jugak kerana mempromosi ucapan Perdana Menteri...
Terima kasih..
Post a Comment