Teman juga harap pihak polis akan memertabatkan kewibawaan Polis dengan sebaik mungkin apabila melakukan arahan politik atasan dengan merujuk semula kepada lunas undang-undang dan hak asasi manusia dan hak rakyat.
KOTA BHARU, 7 Okt - Pada umumnya pandangan masyarakat terhadap insitusi Polis Diraja Malaysia masa kini semakin pudar akibat terlalu banyak campur tangan kerajaan terutamanya apabila berkaitan dengan pertembungan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, demikian dijelaskan oleh Prof.Dr.Abdul Aziz Bari ketika ditemui di Bengkel Penjelasan Perlembagaan Mengenai Konsep Federalisme di Bilik Gerakan Negeri di sini, hari ini.
Beliau yang merupakan pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa(UIAM) berkata, PDRM telah dilihat seolah-olah dipergunakan parti pemerintah bagi mempertahankan kuasa politik mereka.
”Maka tidak hairanlah apabila polis terlalu banyak bidang kuasa sehingga kebebasan rakyat untuk bersuara pun terhalang.
Menyentuh isu kawalan ketat terhadap permit ceramah umum bagi parti politik, Abdul Aziz berkata, ia hanyalah terkena kepada Pakatan Rakyat kerana bagi kerajaan Pusat, mereka masih lagi mempunyai Jabatan Penyiaran Malaysia dan media arus perdana.
“Saya lihat mereka hanya sengaja untuk mengetatkan perkara ini, kalau bimbang berlakunya gangguan ketenteraman awam, pihak PDRM boleh memantau dan mengawal keadaan tersebut, ceramah merupakan satu medium penyampaian maklumat terus kepada rakyat”ujar beliau.
Menurut Abdul Aziz lagi, seharusnya pihak polis perlu bertindak dengan bijak dan bukan menyekat kebebasan rakyat bersuara kerana ia dibenarkan dalam perlembagaan,Oleh itu, beliau mencadangkan Jabatan Polis dibebaskan daripada tuan politik kerana peranan mereka menjaga ketenteraman awam.
”Jabatan Polis adalah milik rakyat dan mereka lebih memahami kehendak setempat termasuk polisi kerajaan negeri,” katanya.
Beliau juga berpendapat jabatan polis tidak perlu diberi tanggungjawab yang melampaui bidang tugas mereka bagi memperlihatkan kecekapan agensi berkenaan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment