Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, October 7, 2010

KUTBAH TERBUKA JAIS UNTUK RAHIMI


"Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)". An-Nur :19


Ayat di atas menyatakan mengenai kemurkaan Allah kepada golongan yang suka memfitnah dan membuat tuduhan kepada orang lain. Islam melarang sama sekali perbuatan tersebut kerana boleh mencemarkan maruah.

Meskipun demikian dianjurkan untuk kita menegur dan menasihati kesalahan dan kesilapan saudara kita tanpa mendedahkan ‘aibnya. Ini adalah lebih baik daripada menyebarkan kesalahan orang khasnya penyebaran fitnah terhadap orang-orang yang dikenali sebagai orang yang baik.

Namun dalam masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir daripada kalangan kita yang gemar berjanji untuk menyimpan rahsia keburukan saudaranya, tetapi kemudiannya menceritakan kepada orang lain dengan mensyaratkan janji yang sama untuk tidak menceritakan kepada orang lain. Jika setiap orang melakukan perkara yang sama sudah pasti berita tersebut akan lebih cepat tersebar dan diketahui oIeh orang ramai.

Baca SELANJUTNYA khutbah JAIS


Akuan sumpah: Ketua Penerangan PKR nafi dakwaan bekas pembantu Anwar
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 6 Okt – Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah memaksa seorang saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menandatangani dua akuan bersumpah mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Latheefa mendakwa saksi itu Rahimi Osman, yang satu ketika dulu merupakan pembantu Anwar secara “sukarela” telah bekerjasama dengan pasukan guaman penasihat PKR itu semasa menandatangani akuan bersumpah itu pada Jun 2008.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenakan tekanan ke atas dia.

“Ketika itu dia merupakan saksi yang berpotensi dalam kes Anwar, sebagai sebahagian daripada pasukan pembela, kami hanya menyediakan kenyataan-kenyataan melibatkan saksi-saksi berpotensi, yang merupakan perkara biasa dalam mana-mana pembelaan perundangan,” kata beliau dalam kenyataan SMS petang tadi.

Latheefa yang melabel dakwaan Rahimi ke atas dirinya dan anggota PKR yang lain sebagai “fitnah dan tohmahan” bercadang mengambil tindakan ke atas bekas pembantu Anwar itu.

Terdahulu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider, Latheefa berkata adalah sesuatu yang tidak masuk akal Rahimi boleh membuat kenyataan bahawa dia dipaksa menandatangani deklarasi seumpama itu memandangkan ia tidak digunakan oleh pasukan pembela setakat ini.

“Kami hanya menghimpunkan kenyataan daripada saksi-saksi yang kenal Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dia (Rahimi) kenal sangat (saksi utama itu),” katanya lagi.

Rahimi adalah rakan satu sekolah Saiful dan dipercayai telah dirujuk kepada Anwar agar mengambil dia kerja pada 2008.

“Akuan-akuan bersumpah tidak menyelesaikan masalah kami sebab ia tidak digunakan... ia bukan sesuatu yang luar biasa.

“Lebih-lebih lagi, apa sahaja yang dinyatakan dalam akuan bersumpah itu sudah pun dibangkitkan dalam perbicaraan,” kata Latheefa.

Justeru katanya, beliau akan memanggil satu sidang media dalam waktu terdekat.

Terdahulu, peguam pasukan Anwar, Sankara Nair dalam reaksinya menafikan dakwaan Rahimi bahawa bekas pembantu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah berkaitan kes liwat akhir Jun 2008.

Sankara berkata, Rahimi menandatangani akuan bersumpah itu secara sukarela selepas mengadakan pertemuan dengan peguam-peguam Anwar di Quality Hotel dua tahun lalu.

“Saya hendak menegaskan di sini bahawa Rahimi tidak dipaksa menandatangani akuan bersumpah. Dia menyediakan akuan bersumpah secara sukarela yang memihak kepada Anwar,” katanya.

“Dia (Rahimi) dengan bebas memberi maklumat... saya hadir bersama dengan beberapa peguam semasa dia menerangkan apa yang sebenarnya telah berlaku,” kata beliau kepada The Malaysian Insider petang ini.


Sankara juga berkata Latheefa, yang juga salah seorang peguam kes Anwar dalam kes liwat terbaru sekarang ditanggungjawabkan untuk mendapatkan tandatangan Rahimi pada akuan bersumpah yang dimaksudkan.

Petang tadi, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa mengaitkan Najib dan Rosmah kes liwat kedua dihadapi Anwar dengan menandatangani dua akuan bersumpah.

Rahimi berkata beliau telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008, yang mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat melibatkan bekas pembantunya, Mohd Saiful.

Saiful mendakwa dia diliwat Anwar beberapa hari sebelum itu dan kes itu sedang berlangsung.
Laporan polis dibuat Rahimi kira-kira 3.03 petang tadi.

Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Latheefa dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008 - TMI

No comments: