Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, October 6, 2010

GAS DAH KELUAR, TAPI JAWATAN JANUARI 2011 BARU LEPAS

Mugilan sudah 'tutup buku' pasal Samy Vellu? Tak menyesal ke? Samy baru kata tapi dikota boleh percaya ke? Nampak gaya, pengganti Ketua MIC tidak setanding Samy Vellu.

Bekas Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V.Mugilan macam sudah ‘tutup buku’ dengan Datuk Seri S. Samy Vellu selepas menganggap Gerakan Anti Samy (GAS) yang dibubarkan Jumaat lalu berjaya mendesak pemimpin itu melepaskan jawatan presiden MIC, Januari depan.

Katanya, beliau tiada apa-apa lagi dengan Samy Vellu selepas GAS yang mula mendesak pemimpin itu berundur sejak Mei lalu dibubarkan.

Malah, beliau enggan komen kononnya Samy Vellu sudah menghantar surat melepaskan jawatan Presiden MIC awal tahun depan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Mugilan juga berkata, tiada kompromi antara beliau dan pemimpin itu atau timbalan Presiden Datuk G.Palanivel ekoran keputusannya membatalkan majlis jamuan dan pembuburan GAS yang dijadualkan sebelum ini.

Pagi Jumaat lalu, Mugilan mengadakan sidang media mengumumkan akan mengadakan majlis makan dan membubarkan GAS pada hari Samy Vellu dijangka melepaskan jawatan presiden MIC pada Januari.

Bagaimanapun pada sebelah petangnya, Mugilan memaklumkan majlis itu dibatalkan manakala GAS dibubarkan pada hari berkenaan juga.

Mugilan memberitahu Agendadaily, keputusan mengejutkan itu dibuat selepas perbincangan dan berpendapat, usaha mendesak Samy Vellu sudah berhasil dan tidak perlu lagi GAS atau majlis jamuan tersebut.

Beliau juga menyatakan belum ada idea lagi mengenai masa depan politiknya selepas disingkir daripada MIC ekoran penentangannya terhadap Presiden parti itu.

Menurut Mugilan, beliau kini memberi tumpuan kepada Persatuan Berwawasan India Malaysia atau Malaysian Indian Visionery Association (MIVA) yang akan mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tidak lama lagi.

Beliau mendakwa MIVA didaftarkan dua bulan lalu dan kini mempunyai keahlian seramai 50,000.

“MIVA adalah NGO yang akan membela kaum India terutama golongan remaja yang tercicir pelajaran bagi menghalang mereka terbabit gensterisme,” katanya.

Katanya, keahlian NGO itu tanpa mengira latarbelakang dan berusia 18 tahun ke atas.

“Sambutan kini amat baik dari seluruh negara. Saya menjangkakan MIVA dapat mengumpul sehingga 100,000 ahli akhir tahun ini apabila kempen setiap negeri bermula tidak lama lagi,” ujarnya. -5/10/201

No comments: