Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, October 19, 2010
KETAMAKAN PEMIMPIN SARAWAK PENJANA MALAPETAKA SG REJANG
Malapetaka ciptaan manusia di Sg Rejang, Sarawak
Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam. Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak. Kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Timbunan sampah kayu dan balak menyekat laluan pengangkutan di sungai.
Kejadian yang terjadi pada 7th Oct 2010 di sungai rejang hanya merupakan gambaran kecil kepada apa yang boleh berlaku jika keadaan tidak dikawal. Lagi laporan bergambar di http://jos010.blogspot.com/2010/10/inikah-erti-pembangunan.html dan di http://www.youtube.com/watch?v=9zi8eDj2Sxk&feature=related
Sungai Rejang tercemar tahap gaban
SIBU, 8 Okt (Bernama) — Sampah sarap berupa batang-batang kayu memenuhi Sungai Rajang sejak semalam.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, perkara tersebut mungkin berpunca daripada kerja-kerja pembukaan tanah dan aktiviti pembalakan, tanah runtuh dan hakisan yang dibantu dengan hujan lebat yang menyebabkan banjir dan menghayutkan kayu-kayu tersebut.
“Empangan Bakun turut menangguhkan latihan membendung pengairannya yang dijadual minggu ini ekoran hujan lebat dan tindakan tersebut bukan penyebab kepada keadaan batang-batang memenuhi Sungai Rajang,” katanya.
Beliau berkata Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Lembaga Sungai Sarawak sedang mengkaji punca fenomena itu di kawasan pedalaman Balleh di Bahagian Kapit.
Penduduk Sibu hari ini terkejut melihat banyak batang-batang kayu hanyut di dalam Sungai Rajang yang melalui hadapan bandar berkenaan, sehinggakan perkhidmatan bot penumpang ke Kanowit, Song dan Kapit tergendala atau dibatalkan. – BERNAMA
http://sarawakupdate.com/home/berita/sungai-rejang-tercemar-tahap-gaban/
Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak
Suara Keadilan
BINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.
Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.
Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog http://www.bintulu.org/ , tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga.
"Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas.
"Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan.
Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang.
"Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali.
"Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam air," jelas beliau lagi.
Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap malapetaka yang menimpa Sungai Rejang.
"Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya.
"Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
http://suara-keadilan.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=148:bencana-sungai-rejang-akibat-ketamakan-pemimpin-bn-sarawak&catid=2:terkini&Itemid=2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment