Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, October 29, 2010

ASTAGFIRULLAH ! WANG ZAKAT BERJUTA KELUAR HASIL TIADA SEJAK 2004

LAPORAN KETUA AUDIT 2009 : RM13.85 JUTA WANG ZAKAT DIDAHULUKAN UNTUK BINA KOMPLEKS MAIM
29 Oktober 2010

Majlis Agama Islam Melaka – Pengurusan Hartanah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
MAIM telah menetapkan objektif untuk memastikan semua harta wakaf dan baitulmal diletak hak di atas nama MAIM selaras dengan kuasa yang diberi di bawah Seksyen 77 dan 78 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) Tahun 2002.

Pada keseluruhannya pengurusan hartanah MAIM adalah kurang memuaskan kerana telah mengakibatkan kerugian kepada MAIM dan kaedah pengurusan hartanah yang tidak teratur.

Kelemahan yang diperhatikan ialah pembangunan tanah oleh MAIM yang dijalankan secara usaha sama, projek pengubahsuaian Kompleks Perniagaan Al-Azim, kaedah pelaksanaan pengurusan hartanah, penyelenggaraan rekod hartanah dan pemantauan hartanah MAIM.

Projek pembangunan secara usaha sama dengan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) telah gagal kerana RMSB telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada bulan Jun 2004.

Kegagalan penguatkuasaan perjanjian projek usaha sama ini telah mengakibatkan MAIM mendahulukan wang zakat sejumlah RM13.85 juta untuk pembangunan Kompleks MAIM. Juga berlaku kecuaian oleh pihak MAIM yang mengakibatkan tanah milik MAIM terjual kepada pihak ketiga oleh RMSB walaupun pada ketika itu perjanjian usaha sama telah dibatalkan.

Manakala, kos projek pengubahsuaian Pejabat Jabatan Agama Islam Melaka telah ditanggung oleh MAIM melalui pendahuluan dari peruntukan Baitulmal berjumlah RM1.80 juta. Pemantauan yang tidak berkala dan berterusan oleh pihak MAIM telah mengakibatkan berlakunya kelewatan pendaftaran tanah wakaf, pencerobohan tanah baitulmal dan lokasi tanah wakaf tidak dapat dikesan.

No comments: