
Terdapat satu maklumat yang mengatakan bahawa Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh yang mengumumkan keluar Democratic Action Party (DAP) pada 15 Jun 2010 yang lalu akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP).
Sama ada maklumat yang kami perolehi ini betul atau salah, tunggu saja pengumuman secara rasmi yang akan dibuat hari ini, 3 Oktober 2010.
Malaysiakini melaporkan tindakannya keluar parti beberapa bulan lepas: Keshvinder kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri Perak yang terlalu banyak berpolitik sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.
“Saya menyokong kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan amat tertarik dengan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya kepada akhbar atas talian itu lagi.
No comments:
Post a Comment