Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Tuesday, October 19, 2010
AIR MATA PENYU HANYIR BILA LIHAT PROJEK KENYIR
11 projek dijanjikan, hanya 1 yang berjalan
HULU TERENGGANU - Kerajaan Negeri Umno/BN Terengganu dilaporkan serius membangunkan Tasik Kenyir dengan Menteri Besarnya Dato' Seri Ahmad Said berjanji akan membuktikan Pulau Bayas menjadi kawasan bebas cukai dalam tempoh 18 bulan akan datang.
Kemudahan elektrik dari tenaga solar di Taman Rekreasi Gua Bewah,masih tidak berfungsi.
Ahmad Said menyatakan demikian apabila beliau ditanya berkenaan dakwaan Bendahari PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid yang menyifatkan cadangan kerajaan negeri tersebut adalah 'suatu gimik politik' menjelang pilihanraya umum ke-13.
Haji Muhyiddin dalam kenyataannya yang diterbitkan oleh Buletinonline 7 Oktober lalu berkata beliau masih curiga dengan perkara tersebut kerana menurutnya sebelum ini pelbagai cadangan yang telah dikemukakan dengan pelbagai slogan seperti 'Bandar Bawah Tasik' dan 'Pelabuhan Darat', namun hilang begitu sahaja,
Mengulas lanjut isu berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr. Alias Razak menegaskan, pembangunan di Tasik Kenyir bukan setakat 'gimik poliitik' bahkan menambahkan peluang pemimpin Umno dan kroni mendapat laba dari pelbagai projek yang dilaksanakan.
Namun begitu, Dr Alias berkata, sehingga kini sudah setahun sejak bajet 2010 diluluskan dalam Sidang DUN, projek-projek pembangunan pulau-pulau sebagaimana yang dijanjikan oleh MB belum dilaksanakan.
"Dalam buku Jawapan Kepada Soalan Bertulis, Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Ke 12 pada 21 hingga 23 Disember lalu, sebelas projek disenaraikan bagi pembangunan baru Tasik Kenyir dengan kos RM298 juta,
"sehingga kini berdasarkan senarai itu, hanya santuari gajah yang telah dilaksanakan,"jelas beliau.
Beliau berkata demikian setelah membuat tinjauan ke Tasik Kenyir pada Khamis 14 Oktober lalu.
Menurutnya, bot-bot mewah yang dibeli oleh Ketengah untuk tujuan Island hopping berharga jutaan ringgit masih tersadai di jeti Pengakalan Gawi, manakala pulau-pulau yang dicadang untuk dijadikan pulau Anggur, Rambutan, Kaktus dan Heliconia masih dalam keadaan semak samun.
Bahkan dalam jawapan rasmi Dewan Undangan Negeri tersebut telah dinyatakan kos bagi Pulau Bebas Cukai adalah hanya RM80 juta sahaja.
"Jadi dari mana datangnya perbelanjaan pembangunan Pulau Bebas Cukai sebanyak RM100 juta seperti yang umumkan MB baru-baru ini? Bila hutan dan semak samun bagi pulau-pulau yang MB janji untuk akan dibersihkan dan dibangunkan?,"soal Dr. Alias.
Katanya, sebelum ini banyak lagi janji-janji Ahmad yang hanya tinggal janji seperti projek tanam sawit keliling rumah dan pemberian tanah 10 ekar seorang untuk pesawah di Mak Jintan.
Dalam pada itu, Dr. Alias yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri cukup kesal dengan kenyataan-kenyataan Ahmad yang sepatutnya meneliti sesuatu perkara sebelum memberikan jawapan.
Katanya, dalam tinjauannya ke Tasik kenyir baru-baru ini bukan hanya kemudahan-kemudahan baru belum dibina, kemudahan rekreasi yang telah ada juga telah rosak dan dalam keadaan yang menyedihkan.
"Di Gua Bewah dan kawasan perkhemahan sekitarnya, kononnya menggunakan tenaga solar dan membina kemudahan tandas dan lain-lain, namun semuanya dalam keadaan rosak dan punah jahanam, Ahmad perlu melihat dan teliti bukan bercakap itu 'dang',"tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment