Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 30, 2010

TIMBALAN MENTERI BN DAH KENA SORANG!

Timbalan Menteri WP Diperintah Bayar RM1.6 Juta
KUALA LUMPUR 29 Sept - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M. Saravanan membayar lebih RM1.6 juta kepada sebuah syarikat kerana melanggar kontrak perjanjian berhubung pembekalan barang-barang logam bagi projek menyelenggara lebuh raya.
Hakim Anantham Kasinather juga memerintahkan syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel), yang menyelenggara lebuh raya, membayar RM690,000 kepada VPN Marketing (M) Sdn Bhd.
Anantham membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar perbicaraan penuh kes saman yang dikemukakan VPN Marketing terhadap Saravanan dan Propel.
Menurut peguam C. Shanmugaiah yang mewakili VPN Marketing, Hakim itu memutuskan plaintif (VPN Marketing) berjaya membuktikan kes saman tersebut terhadap kedua-dua defendan.
Beliau berkata Hakim itu juga memerintahkan Saravanan membayar RM20,000 sebagai kos guaman dan juga faedah lapan peratus dari November 2007, manakala Propel diperintah membayar kos RM35,000 dan juga faedah kepada VPN Marketing.
Pada tahun lepas, syarikat itu menfailkan saman terhadap Saravanan atas kapasitinya sebagai pengarah dan pengurus syarikat miliknya RMW Manufacturing Berhad.
Syarikat itu kini telah berhenti beroperasi.
Mengikut pernyataan tuntutan, syarikat itu menyatakan bahawa pihaknya telah menjual, membekal dan menghantar barang-barang logam untuk pembinaan kepada RMW atas permintaan Saravanan dan ejen serta pekerjanya.

Syarikat itu menyatakan bahawa sejak menjual dan menghantar barang-barang logam tersebut pihaknya dari masa ke semasa menerima bayaran daripada RMW, tetapi jumlah baki sebanyak RM2,337,557, tidak dijelaskan.
Pada 27 Feb 2006, melalui satu surat penyerahan hak pembayaran telah serah hak kepada VPN Marketing untuk menerima pembayaran baki tersebut daripada Propel yang bersetuju untuk membuat bayaran bagi harga barang itu yang tidak melebihi RM1.5 juta.
Pada 28 Nov 2007, Saravanan melalui satu surat juga telah memberi jaminan atau berjanji membayar jumlah yang sepatutnya dibayar syarikat miliknya itu.
Berdasarkan surat daripada Saravanan dan juga surat daripada Propel, Saravanan dikehendaki membayar plaintif sebanyak RM1,647,960 manakala defendan kedua membayar RM689,597, iaitu sebagai baki harga jualan barang-barang itu.
Pada 25 Mac tahun lepas, syarikat itu menyatakan pihaknya telah menghantar satu notis kepada Saravanan dan pada 7 Sept tahun lalu kepada Propel supaya menjelaskan jumlah hutang itu tetapi mereka gagal berbuat demikian.
Saravanan dalam pernyataan pembelaannya menafikan yang beliau ada membuat jaminan untuk membayar jumlah itu kepada VPN Marketing.
Peguam G. Govind mewakili Saravanan manakala peguam D.Bashkaran mewakili Propel.
Bernama

No comments: