Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 30, 2010

MANTAN KPN TERBATUK KES SOSILAWATI & KINI TERSEDAK KES 40KG

Maaf bercakap kerana ramai temubual di kedai kopi mengata bahawa kes Sosilawati adalah rentetan kemalasan dan ketidakfokusan Polis pada jenayah yang berkait sebelum Kematian sosilawati dan 3 orang kawannya dan berlaku di zaman Mantan Ketua polis Musa Hasan yang suka sangat disambung perkhidmatannya. Kalaulah beliau tak disambung dulu, pasti kes ini bukan dalam perkhidmatannya sebagai KPN. Semoga KPN baru akan menjadi hero menyelesaikan semua kes ini.
Khianat Curi 40 Kg Dadah Yang Di Rampas Daripada Penjenayah juga adalah KEBETULAN di bawah pemerintahan beliau juga. Dan masih ingatkah kita kes dadah bukti mahkamah hilang dalam pejabat Polis? Sampaikan Ketua polis Negeri johor marah sangat pada wartawan yang membuat liputan tersebut. Kini berlaku lagi kehilangan dadah oleh Polis. Semua ini tertulis dan dilaporkan oleh media Bn juga.


Terkezut? Apataknya bila seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuantan semalam membidas pihak polis, berikutan kehilangan kira-kira 40 kilogram dadah jenis syabu daripada ratusan kilogram dadah yang dijadikan bahan bukti dalam satu kes pengedaran dadah terbesar di negara ini.
Kehilangan dadah tersebut dan faktor utama kegagalan pihak pendakwa membuktikan dadah yang dirampas kepunyaan seorang pemandu lori menyebabkan mahkamah membuat keputusan melepas dan membebaskan Lee Yong Toe, 48, daripada tuduhan mengedar 753 kilogram dadah. Yong Toe dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersama seorang lagi yang masih bebas mengedar dadah di Kilometer 3, Jalan Cenderawasih, Rompin pada pukul 6.45 pagi, 2 Mei tahun lalu. Lelaki dari Taman Iskandar, Johor Bahru itu didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Dalam kes yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuantan itu semalam, mahkamah juga dikejutkan dengan bukti beberapa anggota polis terbabit mencuri exhibit (bahan bukti) iaitu dadah yang dirampas terbabit. Difahamkan, ia berlaku dalam kawasan polis sendiri, soalnya kenapa mereka sanggup khianat agaknya?.

Dipersoalkan kenapa pegawai polis terbabit hanya dikenakan hukuman dalam perkhidmatan?Bukankah perbuatan itu adalah jenayah?
Sewajarnya, seseorang yang melakukan kesalahan itu perlu didakwa dan dihukum penjara. Pegawai penyiasat kes itu juga seolah-olah "memandang sebelah mata" dan tidak mahu menambah beban tugasnya biarpun mengetahui kesalahan dilakukan beberapa anggota polis terbabit.
KDN perlu pastikan ini bukan bukti "double standard" yang diamalkan oleh pihak polis sebenarnya. Bayangkan, jika berlaku kepada orang awam maka sudah pastilah mereka akan ke tali gantung. Tambahan pula jumlah berat dadah tersebut adalah besar dan wajar pegawai terbabit didakwa dengan dakwaan jenayah sebenarnya.

No comments: