Ramai tak sabar menantikan majlis pembukaan Bandar Satelit Pasir Tumboh. Seeemoga semua perancangan & projek Kelantan di bawah pemerintah Sultan yang baru dilantik akan membawa banyak kejayaan baru tidak lama lagi.
KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Pasir Tumboh tidak sabar menantikan majlis pembukaan Bandar Satelit Pasir Tumboh fasa pertama yang dijangka dilancarkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Oktober depan.
Penduduk, Samiha Abdul Rahim, 23, berkata, dia pernah mendengar mengenai pembangunan terkini yang dalam pembinaan dan tidak sabar melihat salah satu bandar yang bakal gah di negeri ini.
“Apa yang saya peroleh melalui pengetahuan di Internet dan media massa, bandar ini akan melakar sejarah tersendiri dengan masih mengekalkan konsep ‘Bandar Islam’ dengan menjadikan masjid sebagai ‘point’ utama.
“Sebagai penduduk, kami percaya ia menjadi kebanggaan kerana Pasir Tumboh terletak di pertengahan perjalanan antara bandar Kota Bharu ke Pasir Puteh,” katanya kepada Sinar Harian di Pasir Tumboh di sini, semalam.
Sementara itu, Che Arif Che Min, 30, pula berpendapat, apa yang menariknya mengenai bandar satelit tersebut, selepas ini ia bakal bertukar menjadi bandar yang dikenali Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh tanpa mengetepikan sistem pendidikan pondoknya.
“Ia sesuai dengan Pasir Tumboh sebelum ini terkenal sebagai pusat pengajian pondok tradisional terbesar di Kelantan menerusi Pondok Terusan,” katanya.
Menurutnya, dengan adanya projek pembangunan lain, termasuk kompleks Masjid Al-Takwa, pusat pengajian pondok moden, hotel bajet, Dataran Takwa, An-Naim (bazar), pasar awam, termasuk pasar malam dan pasar tani kerana ia tarikan pengunjung.
Che Arif berkata, dengan pembinaan kawasan rumah kedai, pejabat rumah kediaman dan kediaman, ia melengkapkan pembangunan dan memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengembangkan perniagaan dan kemahiran yang ada.
Menurutnya, semua pembinaan Bandar Satelit itu merangkumi aspek perniagaan, perkhidmatan, kediaman, riadah, masjid, pondok moden dan hotel bajet dapat memajukan negeri ini kelak.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment