


AlhamduliLLAH;lebih 200 petugas PAS seluruh negeri Sarawak berhimpun di Kuching pada hujung minggu ini bermula dari 17 September dalam program pelancaran jentera Pilihanraya PAS Negeri Sarawak di bandaraya Kuching. Kesemua PAS Kawasan iaitu Miri,Bintulu, Petra Jaya,Sibu dan Bandar Kuching telah hadir dalam satu majlis gilang gemilang yang dirasmikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,Presiden PAS .
PAS yakin bermula PRU 12 lalu diperkukuhkan lagi dengan hasil PRK Sibu lalu;peluang Pakatan Rakyat untuk merampas Sarawak dari Barisan Nasional amat cerah ,sekiranya tiada penipuan oleh BN dan Jenteranya. Rakyat Sarawak sudah muak dengan kepimpinan Taib Mahmud yang merompak hasil rakyat,penyelewengan balak;rampasan tanah adat;isu gadis Penan serta kelemahan infrastruktur di Sarawak menjadi bukti kegagalan BN.
Pada sebelah malam;Presiden PAS telah hadir dalam majlis ramah tamah Eidul Fitri PAS Negeri Sarawak.
No comments:
Post a Comment