Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, September 30, 2010

PAS LANCAR SEKRETARIAT KHAS ADUAN PENEROKA FELDA

PAS akan melancarkan sekretariat khas minggu depan untuk mengumpulkan maklumat "penipuan" Felda bagi mempercepatkan proses menyaman syarikat milik kerajaan itu, kata naib presidennya.
Salahudddin Ayub berkata, sekretariat tetap itu - yang beroperasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur itu - akan menerima aduan daripada peneroka dan membawahnya ke peringkat lebih tinggi seperti parlimen dan mahkamah.
"Bayangkan rintihan dan air mata mereka, PAS akan mengambil langkah serius membantu mereka," katanya yang juga pengerusi jawatankuasa khas bertindak pembelaan isu-isu peneroka.
Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) pula menjangka lebih ramai peneroka akan tampil untuk menyaman syarikat itu berhubung isu kadar perahan gred dan isu tuntutan wang tanaman semula susulan.

Tambahnya, ini ekoran kejayaan peneroka Felda Kemahang dan Felda Sungai Koyan di mahkamah sebelum ini.

"(Mengenai) isu kadar perahan gred, saya dihubungi oleh banyak wakil Felda seluruh negara. Kalau Felda tidak kembali ke meja rundingan, untuk tuntutan kita (kepada Felda) memberi kadar perahan gred sebanyak 22 peratus daripada 18 peratus (sebelum ini).


"Untuk makluman sebelum akhir tahun lebih kurang 4,000 peneroka akan menyaman Felda. Kalau saman ini berjalan (difailkan), ia akan memberikan reputasi yang sangat buruk kepada Felda," pengerusi ANAK Mazlan Aliman dalam satu sidang media di ibu negara.

Beliau mengulas laporan yang memetik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mendakwa ada pihak menghasut peneroka Felda supaya mengambil tindakan saman ke mahkamah berhubung isu manipulasi perahan buah kelapa sawit susulan kemenangan mereka di Felda Kemahang itu.

Berhubung isu tuntutan wang tanaman semula pula, Mazlan berkata beliau menerima panggilan terlefon daripada peneroka yang hendak menyaman Felda berhubung isu tuntutan wang tanaman semula selepas keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan menyebelahi peneroka semalam.
"Atas dua kes ini, reputasi Felda sangat buruk. Ini bukan soal hasutan, (tetapi) ini adalah (hasil) kesedaran daripada masyarakat peneroka sendiri," kata Mazlan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS.
Mazlan yang juga ketua penerangan PAS Johor menuntut agar Felda menghentikan khidmat anak syarikatnya Techno Plant Sdn Bhd yang menyelenggara kebun peneroka kerana "gagal memberi pulangan yang memuaskan kepada peneroka".
"Sebaliknya pendapatan peneroka yang mengurus sendiri kebun mereka lebih jauh tinggi daripada yang diselenggarakan oleh techno Plant Sdn Bhd," katanya.
Dalam perkembangan yang lain, Mazlan yang menubuhkan Badan Bertindak Bagi Warga Felcra (BAPAK) berazam mahu membuat pendedahan berhubung dakwaan 22 'penyelewengan' di Felcra pada 11 Oktober ini di Parlimen.

No comments: