Nampak bersungguh benor NUJ melahirkan teguran pada KDN agar Suara Keadilan di bebaskan , rupanya nak mohon belas negeri-negeri di Pakatan Rakyat beri lampu hijau kepada wartawan mereka yang terpaksa dicucuk hidung oleh pemerintah. Bila penjualan dan sokongan akhbar media kerajaan teruk merosot, akhirnya mereka terpaksa menjilat ludah mereka sendiri. Semuanya ini didalangi oleh ketakutan Kerajaan BN yang diketuai Parti Pekembar(UMNO). Bila dah terdesak maka NUJ digunakan walaupun terpaksa biarkan NUJ menghentam KDN. Kita sangat berharap tindakan NUJ ini ikhlas bukan diarah sesiapa yang berkepentingan politik. NUJ harus perjuangkan hak rakyat menerima info atau berita yang benar dan telus bukan diubah cerita.
NATIONAL UNION OF JOURNALISTS MALAYSIA (NUJ Malaysia) hari ini mendesak parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) menarik balik larangan kepada wartawan-wartawan yang bernaung di bawah kesatuan dan bertugas di akhbar-akhbar arus perdana dari membuat liputan dalam acara-acara anjuran parti tersebut.
NUJ Malaysia juga mendesak parti-parti di dalam Barisan Nasional (BN) juga menarik balik larangan kepada laman-laman berita bebas seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider daripada membuat liputan acara-acara yang dianjurkan oleh parti tersebut.
NUJ Malaysia juga mendesak negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan juga menarik balik larangan kepada wartawan-wartawan yang bernaung di bawah kesatuan dari membuat liputan dalam acara-acara anjuran negeri terbabit.
Wartawan-wartawan di bawah naungan NUJ Malaysia merupakan wartawan profesional yang mendukung prinsip kebebasan media dan etika kewartawanan yang tinggi.
NUJ Malaysia dimaklumkan bahawa larangan itu telah berkuatkuasa agak lama dan ia memberi implikasi yang buruk kepada standard kebebasan media di negara ini. Kesatuan juga berpendirian bahawa bahawa setiap wartawan sama ada dari laman berita bebas seperti MalaysiaKini dan Malaysian Insider, akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar kecil serta akhbar yang diterbitkan oleh parti-parti politik tidak harus dilarang untuk membuat liputan untuk apa acara sekali pun.
Sekiranya semua pihak menukung prinsip kebebasan media dan etika kewartawanan, NUJ Malaysia berharap desakan ini dapat diterima dan larangan itu ditarik balik dengan serta merta.
*Kenyataan media oleh Hata Wahari selaku Presiden NUJ Malaysia, pada 24 September 2010.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment