Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, September 26, 2010

BENGONG ! BILA SURUHANJAYA PILIHANRAYA MINTA TANGGUH PILIHANRAYA

“Kerajaan Negeri Kedah agak kecewa dengan keputusan penangguhan keputusan DUN Siputeh itu, namun kita tidak ada kuasa untuk menentukannya. Kita akur dan terpaksa tunggu satu tarikh baru dikeluarkan pula,” katanya.

Azizan berkata, pihaknya menyerahkan kepada badan perundangan itu untuk menilai kes terbabit, sama ada perlu dipercepatkan atau sebaliknya, kerana ia berkaitan dengan kepentingan awam.

“Saya tak akan desak mana-mana pihak untuk percepatkan kes ini, sebab ia berkaitan dengan badan perundangan. Namun kita harus peka sebab kes ini sudah lama berlarutan. Tambahan pula, ia mempunyai kepentingan awam, terutama pengundi dan penduduk sekitar DUN Kota Siputeh,” katanya.

Tarikh berkenaan diputuskan oleh Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya selepas pengurusan kes terbabit yang diadakan pada 29 Julai lalu.

Pada 24 November 2009, Mahkamah Rayuan memutuskan untuk membenarkan penangguhan interim yang dipohon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap keputusan untuk mengosongkan kerusi DUN Kota Siputeh sementara menunggu rayuan.

Bagaimana pun Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah terdahulu di Mahkamah Tinggi pada 16 November apabila mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan Abu Hassan bukan lagi ADUN.

SPR mengemukan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan berlaku kekosongan kerusi, seterusnya mengundang pilihan raya kecil berikutan kegagalan ADUN terbabit hadir sidang DUN dua kali berturut-turut, iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun lalu.

1 comment:

cicit ngah layor said...

Mangkaq betui depa ni.Munkalu nak main politik,letak jawatan,ha..berpolitik la hang selagi lalu.Hang tak payah sembunyi balik kiu snooker yg hang pegang tu...org kenai sapa hang tu....pak hangguk.Sat lagi aku lempaq kat sungai haji naik kayu disimpang kuala tu baghu hang tau.