Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 3, 2010

KALAULAH IBU TUNGGAL INI BERHIJRAH KE PEKAN HARUS PM TOLONG

3 Sep 2010 - KUALA LUMPUR : Seorang ibu tunggal berhijrah dari Pahang (Pahang kat mana?) yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) merayu bantuan mana-mana pihak bagi membolehkan mereka menyambut lebaran bakal menjelang dengan lebih ceria berikutan tidak mempunyai pendapatan tetap malah hidup dalam kedaifan.

Siti Zawiyah Ali, 40, yang tidak bekerja berkata, dia menjadi ibu tunggal sejak tiga tahun lalu selepas diceraikan suaminya dan terpaksa menanggung tiga anaknya yang masih bersekolah termasuk seorang OKU.

Beliau berkata, dia dan anak-anaknya tidak mampu membeli pakaian raya kerana tiada wang malah kehidupannya kini hanya mengharapkan sumbangan orang ramai selain menerima bantuan beras daripada pihak masjid.

“Saya sebelum ini menolong kakak berniaga nasi lemak di Masjid India dengan pendapatan RM19 sehari tetapi terpaksa berhenti berniaga buat sementara berikutan kedatangan Ramadan. Ada kalanya saya anak beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada wang untuk membeli makanan sebagai juadah berbuka puasa,” katanya ketika ditemui.
Zawiyah yang berasal dari Pahang terpaksa memberikan perhatian kepada anak OKUnya yang tidak dapat menguruskan diri sendiri menyebabkan masanya terbatas untuk mencari pekerjaan.
Dia yang tinggal di rumah setinggan di Gombak berharap ada pihak sudi membantunya untuk membelikan baju raya buat anak-anaknya.
Individu atau syarikat yang ingin membantu Zawiyah bolehlah menghubunginya di talian 019-2182516 atau ke alamat No 847, Batu 4 3/4, Jalan Gombak, 53100, Selayang.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibutunggalbersamatigaanakseringikatperut/Article

No comments: