Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, September 3, 2010
JOM SAHUR DI SEKSYEN 7
Majlis Sahur Perdana Selangor
Tarikh :4 September 2010
Tempat: Kompleks Belia . Seksyen 7, Shah Alam
Masa: 4pagi.
Anjuran: Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor
Muslimin -Muslimat dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga.
Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz,Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid, Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan juga Exco Negeri Selangor Hasan Ali.
Keberkatan Bersahur Menurut Imam Ibnu Hajar
Bersahur untuk berpuasa merupakan tuntutan dan galakan daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana jelas disebutkan dalam sabda Baginda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً
Maksudnya: bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan - [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]
Apakah kepentingan bersahur pada waktu itu sehingga ia digambarkan sebagai satu keberkatan?
Menurut Imam Ibnu Hajar al-Asqalani ketika menghuraikan hadith ini di dalam bukunya Fathul Bari, keberkatan pada amalan bersahur itu membawa beberapa makna. Berikut adalah ringkasan daripada apa yang beliau nyatakan :
1- keberkatan dengan maksud ganjaran dan pahala daripada Allah SWT.
2- keberkatan dengan makna ia memberikan kekuatan dan mengurangkan keletihan bagi mereka yang akan berpuasa.
3- keberkatan kerana waktu sahur adalah waktu untuk berdoa dan beribadah.
4 - ia merupakan satu sunnah Rasulullah s.a.w.
5 - ia merupakan amalan yang membezakan kita dengan ahli kitab yang mana mereka tidak bersahur.
6- memberikan kekuatan untuk menunaikan ibadah.
7- mengingatkan kita untuk berniat bagi puasa.
8- membuka peluang untuk bersedekah untuk orang-orang yang bersahur bersama.
9- mengelakkan akhlak buruk yang mungkin timbul kerana terlalu lapar.
10-Malaikat mendoakan orang-orang yang bersahur.
Semoga Allah SWT memberikan 'keberkatan' ini untuk kita ....hanya dengan bersahur yang mungkin dilihat kecil, tetapi ia amat besar nilainya...
wallahu a'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment