Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, September 24, 2010

IDEA MCA MENAFIKAN UMNO

Jabatan Pengangkutan Jalan berkata arahan supaya tender pendaftaran bagi Melaka - iaitu MCA 1 - 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum, masih berkuatkuasa hingga hari ini.

Ketua pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata pihaknya menerima surat rasmi bertarikh 17 Februari 2010, dari setiausaha sulit kanan, Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat, mengarahkan JPJ tidak membuka tender nombor pendaftaran tersebut untuk tawaran umum.

"Arahan tersebut masih berkuatkuasa sampai hari ini, dan tidak pernah ada arahan yang baru daripada Datuk Seri Ong Tee Keat sepanjang masa beliau memegang sebagai menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk membuka nombor pendaftaran tersebut kepada umum semula, kata Solah, JPJ memerlukan arahan baru daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membatalkan arahan lama yang dibuat oleh bekas menteri.

Kenyataan ketua pengarah JPJ itu dipercayai merujuk kepada kontroversi nombor pendaftaran kenderaan dengan huruf "MCA" yang dikatakan hanya untuk ahli parti MCA.

Pada 21 September itu, Cho Ha yang juga setiausaha agung MCA, menunjukkan surat kepada pemberita selepas diminta mengulas laporan sebuah akhbar mengenai desas-desus bahawa nombor plat "MCA" yang bakal didaftarkan di Melaka selepas nombor plat "MBY", hanya dikhususkan untuk ahli MCA ?
MCA lupa bahawa jika plat ini dilaksanakan kenalah beri keutamaan pada parti UMNO kerana peneraju BN. Masalahnya kalau UMNO nak buat plat no takkan guna UMNO setidaknya UMN atau UNO atau MNO ke ,yang jelas UMNO tak layak dibuat plat no. Kalau MIC boleh juga
Manakala parti Pakatan Rakyat tidak jadi masalah seperti PAS, DAP dan PKR
.

Surat itu yang kemudian diberi kepada pemberita, didapati ditulis setiausaha sulit kanan kepada Ong - menteri pengangkutan ketika itu - yang meminta pembukaan tender bagi nombor pendaftaran kenderaan negeri Melaka bermula MCA 1 sehingga MCA 9999 dikecualikan. Surat itu ditujukan kepada ketua pengarah JPJ.

Sehari selepas itu, Ong pula menafikan desas-desus bahawa beliau telah menggunakan kuasanya ketika itu untuk mengarahkan JPJ membekukan penjualan nombor plat tersebut, bagi dikhususkan kepada MCA.

Ong dilaporkan berkata, memo mengenai nombor pendaftaran kenderaan “MCA” dikhususkan untuk ahli parti MCA telah ditolaknya pada Mac lalu.

Justeru, kata Ong, isu itu tidak lagi berbangkit.

No comments: