Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 27, 2010

EJEN DULU DAH TAMAT ,KINI JMB BAGI PENDUDUK BKT BERUNTUNG & BKT SENTOSA

Tempoh perkhidmatan Anugerahsufi (M) Sdn. Bhd. sebagai Ejen Pengurusan telah tamat. Sebarang pertanyaan berkenaan caj penyenggaraan hendaklah terus kepada Unit COB MDHS. Sekian, harap maklum.

APAKAH STATUS ANUGERAHSUFI (M) SDN BHD SEBAGAI EJEN PENGURUSAN DI BUKIT SENTOSA / BUKIT BERUNTUNG?

Perkhidmatan Anugerahsufi (M) Sdn Bhd sebagai ejen pengurusan bagi semua kawasan pemajuan / perumahan bertingkat di Bukit Sentosa / Bukit Beruntung telah tamat dan tidak lagi berhak untuk menerima apa-apa bayaran.

PIHAK MANAKAH YANG AKAN MENYENGGARA DAN MENGURUS KAWASAN PEMAJUAN YANG TELAH TAMAT PERKHIDMATAN ANUGERAHSUFI (M) SDN BHD?

Kawasan berkenaan akan disenggara dan diuruskan oleh Pihak Joint Management Body (JMB) atau Ejen Pengurusan Baru yang akan dilantik oleh pihak JMB.

APAKAH ITU JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)?

Joint Management Body (JMB) atau Badan Pengurusan Bersama adalah satu badan pengurusan yang terdiri daripada pemilik-pemilik unit dan pemaju. JMB bertanggungjawab menyenggara dan mengurus kawasan pemajuan masing-masing.

DI MANA DAN KEPADA SIAPA PEMBAYARAN CAJ PENYENGGARAAN BOLEH DIBUAT?

Buat sementara waktu, pembayaran caj penyenggaraan boleh dibuat kepada Majlis Daerah Hulu Selangor. Majlis Daerah Hulu Selangor selaku pemegang amanah akan memindahkan segala kutipan ke dalam akaun JMB apabila akaun tersebut dibuka kelak.

BENTUK PEMBAYARAN?

Pembayaran secara tunai atau cek atas nama Majlis Daerah Hulu Selangor. Sila nyatakan no. unit, butir-butir pembayaran dan alamat surat menyurat apabila membuat pembayaran.

SAMPAI BILA PEMBAYARAN CAJ PENYENGGARAAN PERLU DIBUAT KEPADA MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR?

Pemilik akan dimaklumkan apabila akaun JMB bagi kawasan masing-masing telah dibuka dan semua pembayaran bolehlah dibuat kepada akaun JMB tersebut.

RUJUKAN UNTUK PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT?


Hubungi unit pesuruhjaya bangunan Majlis Daerah Hulu Selangor di talian 03-6064 1331 pada waktu pejabat Isnin hingga Jumaat ( 8.00 pagi hingga 5.00 petang ).

No comments: