Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, September 27, 2010

DARI ALLAH KITA DATANG KEPADANYA KITA AKAN KEMBALI

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah dan takziah dari PAS Cawangan Bukit sentosa 2 untuk keluarga beliau.
ADUN Galas dari negeri Kelantan iaitu YB Che Hashim Sulaima 48 telah kembali ke rahmatullah lebihkurang jam 4 ptg tadi . Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan di kalangan roh para anbia, syuhada dan muttaqin. Amin.

Pada 26 Julai lalu, beliau telah dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.
Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.
Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

No comments: