Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, September 1, 2010

BILA RAKYAT MUAK, PENYOKONG BN NAK UNDI PR MEMBUAK

HasanAlbani kata :-
29/08/2010 at 2:28 pm

Antara punca yang mungkin menyebabkan politik di Malaysia memualkan ialah:

1. Media yang tidak seimbang dalam laporannya. Media kerajaan (sangat banyak bilangannya dan menjadi media utama) sentiasa menawarkan berita yang berat kepada kerajaan. Media pembangkang juga sama akan memaparkan yang berat kepada pembangkang. Saya pernah lihat TV di Indonesia yang memberi peluang sama rata dalam memaparkan berita politik. Keadaan berat sebelah ini menjadikan rakyat mual membaca atau menontonnya.

2. Saya seorang yang menyokong kerajaan tetapi sangat tidak setuju kerajaan menggunakan media sepenuhnya tanpa memberi peluang pembangkang sama. Yang dapat saya perhatikan ramai saudara mara, sahabat handai mulai tidak membeli akhbar perdana dan tidak peduli dengan berita politik yang keluar di TV. Keadaan ini memberikan suasana kurang sihat dan merugikan kerajaan. Kerajaan patut gunakan “reverse thinking” dengan membenarkan pembangkang sama menggunakan media arus perdana. Biarlah berita yg keluar 50-50 dan pasti rakyat tidak mual dengan politik.

3. Berita yang keluar melalui blog-internet pula banyak yang kurang sopan dalam penampilannya dan akan menyebabkan orang yang membacanya juga muak.

4. Ahli politik dan bijak pandai agama perlu berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat tentang hal agama. Ada ahli politik yang semacam nak jadi ulama. Dan ada ulama yang membuat teguran berasaskan politik tanpa merujuk atau menerangkan dapatan berdasarkan alQuran dan Hadist. Ini menyebabkan rakyat keliru dan apatahlagi yang kurang ilmu pengetahuan agama akan lebih terkeliru.
Orang akan muak mendengar perkara begini jika tidak diperjelaskan melalui persatuan ulama/majlis fatwa atau berdasarkan AlQuran dan hadist.

5. Saya sangat percaya negara Malaysia boleh tertubuh secara aman harmoni jika kita berpegang kepada tali agama Islam. Orang bukan islam pula mengerti dan diberi kefahaman serta diajak untuk mendekati atau memahami agama Islam dengan lebih dekat lagi. Bukan nak minta orang bukan islam masuk islam tetapi memahami nilai-nilai murni Islam yang universal sudah mencukupi. Jauhkan pemimpin yg buat pernyataan yang menyebabkan org bukan islam takut kepada islam, benci islam dan menganggap islam itu agama tertutup. Pemimpin begini juga akan emnyebabkan rakyat muak.

6. Menyembunyikan penyelewengan dan kelemahan dengan cara memanipulasi berita atau tidak mendedahkannya juga menyebabkan orang muak.

7. Untuk politik yang lebih diterima: UMNO patut buat perubahan kepada dasar yang lebih islamik, tidak rasis, pengagihan sumber lebih transparen dan adil dalam penggunaan media. PAS patut diuniversalkan cara berpakaian dan pendapat yang mantap secara operasional. MCA dan MIC tidak berpolitik berasaskan kaum mereka. PKR jangan berlindung di belakang bayang2 Anuar. Jika ini berlaku rasanya politik tidak akan memualkan.

Hamba Allah kata :-
29/08/2010 at 11:00 pm

Salam Nobisha
Saya tertarik memberi komen di sini .. krn ingin melihat Negara kembali aman dr segala kepungan Perkauman yg dicipta oleh sesetngah individu berkepentingan. Negara kita bakal menyambut ulangtahun kemerdekaan yg ke 53 namun negara sedang berhadapan kemelut perkauman yng dimarakkan oleh sesetengah pihak yang ingin jadi jaguh dalam menjaga imuniti sesebuah kaum .. yg ingin jadi jaguh pada isu yg ditimbulkan sendiri .. ibarat memberi sakit kpd org lain dan dia muncul memberi ubat penyembuh dikala yg sakit perlukannya…
Melihat isu demi isu .. yg kecil dimainkan menjadi besar oleh media xetak perdana yang hanya bersamndarkan blog picisan perkauman .. ‘top story’ bukan lagi fakta… hanya auta sesetangah pihak … betapa media kita ‘terlacur’ dek kerana menjaga survival politik yg hina. ini satu musibah yg memungkinkan kejadian lebih dasyat bakal ada dihadapan .. genarasi seterusnya bakal dihimpit kembali dengan salah taffsir dan slh faham di antara kaum .. inikah yg dikatakan MALAYSIA … muncullah anak-anak muda yangberani MELAWAN .. mungkin anak muda itu akan dikatakan ‘rasis; kerana menentang … namun ini adalah hakikat .. hakikat yang memulakan api perkauman .. akan menerima HABA penentangan .. yang TERBAKAr pastinya rakyat marhen.. jadi saya menyeru RAKYAT yg berfikiran waras untuk menolak semua bentuk idea yang bodoh , isu perkauman, taksub membuta tuli, jangan lagi menjadi pak turut pak dungu .. sama kita fikir.. untuk SAY NO TO RASIS>>> Back To the Quran
#
Ahmad kata :-
30/08/2010 at 1:35 am

salam…. saya sering berbual dengan kawan2 dari parti UMNO, Keadilan dan PAS… kebanyakan mereka sudah muak dengan BN dan bersedia untuk mengundi pembangkang pada PRU13 nanti. orang seperti kami lebih kepada atas pagar dan kami akan menyokong jika parti itu betul2 berjuang kepada kebaikan rakyat umum bukan agenda peribadi. Parti yang berjuang untuk rakyat akan menang.

Dalam ceramah terakhir parti pembangkang di Kawasan Seri Serdang yang wakilnya dari UMNO – sungguh terperanjat saya 60% kehadiran adalah dari keturunan India dan cina sedangkan kawasan itu adalah majoritinya Melayu. Melayu yang datang tak sampai 100 orang. Itu maknanya orang Melayu sudh fed-up dengan politik. Selepas tu saya pergi minum di kedai mamak dan berjumpa dengan kawan2 yang ada di situ. Saya tanya mereka knapa tak dengar ceramah di dewan malam ini. Jawab mereka kami dah tahu nak beri undi kepada siapa pada PRU13 akan datang. hahahahahahahaha………. sudah jelas BN akan tumbang teruk kali ini di Seri Serdang. Allah Hu.

No comments: