Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, August 11, 2010

TIADA BONUS, UNDI BN BOLOS

BONUS : HARAPAN SETIAP KAKITANGAN AWAM & SWASTA

Apa harapan kakitangan awam? Adakah kerajaan sedang menimbangkan untuk memberikan bonus sebelum hari raya ini?
Dengar citer Pihak kesatuan pekerja telah membuat permohonan untuk mendapatkan bonus sebelum hari raya ini. Mudah2an..........
Dan ada citer ramai kakitangan penyokong BN/UMNO akan beralih arah jika tiada bonus raya sekurang-kurang 1 bulan bukan RM250 bayar 2 kali.

Mulai hujung bulan ini ramai yang mengharapkan bonus terutamanya menjelangnya musim-musim perayaan dan yang terdekat ini ialah sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang akan di sambut samada secara kecil2an, sederhana atau besar2an oleh kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia. Di Malaysia, selalunya bagaimana ianya disambut oleh ahli keluarga tersebut bergantung kepada ketua keluarga iaitu suami untuk menyediakan persiapan hari raya nanti.

Selalunya bonus di berikan oleh majikan tertakluk kepada prestasi syarikat.Ramai rasanya tahun ini tidak menaruh harapan yang tinggi memandangkan kegawatan ekonomi namun bagi syarikat2 gergasi dan yang mendapat keuntungan yang tinggi pada tahun ini tiada masalah untuk memberikan bonus samada sebulan, dua atau tiga bulan malahan lebih. Bulan Ogos ini, kakitangan swasta seperti Petronas, Putrajaya Holdings, KLCC Projek, Contrail dan lain-lainya tersenyum lebar dengan bonus yang mereka terima bulan ini. Malahan, mereka juga menikmati kenaikan gaji daripada 3% - 6%. Walaupun begitu ada juga kakitangan yang mengigit jari tidak di berikan bonus memandangkan bonus di berikan mengikut prestasi kerja. Dah tak ada rezeki dan setidak2nya masih lagi mempunyai pekerjaan. Mungkin rezeki anda bukan disini.

No comments: