Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Wednesday, August 11, 2010
ROYALTI TAK BAGI, PERPADUAN APA YANG UMNO NAK CARI
Mohd Nor Yahya
KOTA BHARU: “Saya amat terharu kerana pelajar di Mesir menganggap mereka semua sebagai anak saya dan saya yakin mereka berada di sana menuntut ilmu sebaik mungkin dan pulang berbakti kepada negeri Kelantan,” ujar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian selepas menerima memorandum tuntutan royalti minyak daripada 20 wakil pelajar Kesatuan Pelajar Kelantan di Mesir (KPKM), semalam.
Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS berharap kefahaman terhadap isu politik semasa negeri ini dapat diikuti oleh pelajar di Mesir dan yakin mereka sudah dapat membuat keputusan sendiri akan corak politik di negara ini.
(Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz meneliti kandungan memorandum tuntutan royalti daripada wakil KPKM.)
Menurut Penasihat KPKM, Muhammad Ab Malik Ab Karim, penyerahan memorandum tersebut adalah bagi menzahirkan sokongan anak-anak Kelantan yang berada di Mesir terhadap tindakan kerajaan negeri yang menuntut hak royalti hasil petroleum dari kerajaan pusat.
KPKM juga telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa bagi mendapat sokongan dan telah membuat penerangan terhadap hak Kelantan dalam isu itu dan ia diketuai oleh Yang Dipertua KPKM, Muhamad Najid Abdullah.
“Di antara aktiviti yang dilancarkan di sana ialah mendapat tandatangan anak Kelantan dan memberi penerangan perkembangan semasa tuntutan royalti di Kelantan,” ujar beliau.
KPKM juga melahirkan rasa bangga di atas penubuhan sebuah gabungan NGO yang dikenali Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) yang begitu prihatin dan bersungguh-sungguh memainkan peranan membangkitkan sensitiviti rakyat Kelantan dalam menjayakan usaha murni tersebut.
Muhammad Ab Malik juga berharap seluruh rakyat Kelantan bersatu tenaga dan saling bersefahaman dalam isu itu tanpa mengira fahaman politik dan mengambil kira sebagai tanggungjawab sebagai anak negeri.
Sementara itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, tindakan KPKM itu menggambarkan kecaknaan mereka walaupun berada jauh dari Kelantan tetapi amat peka isu semasa di negeri ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment