Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, August 20, 2010

SPRM SPESIS AIMAN

AIMAN TAK KESAH ...ITULAH KATA_KATA FEBRET MUDA-MUDI SEKARANG.
KUALA LUMPUR – Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kecewa dengan penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mana badan bebas itu tidak menyiasat kemungkinan wujud elemen rasuah berhubung isu kerugian Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) bernilai RM8 bilion.

Menurutnya, dalam pertemuannya semalam, SPRM berkata badan bebas itu tidak menyiasat kes yang dilaporkan dengan alasan ianya telah disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya tidak berpuas hati dan kecewa dengan penjelasan SPRM. Apa pun penjelasan yang diberikan, perlu satu tindakan yang lebih agresif dilakukan ke atas isu ini.

“Jika pihak berkuasa iaitu SPRM, PDRM dan Peguam Negara gagal mengheret mereka yang terlibat sehingga menyebabkan kerugian MAS, Suruhanjaya Diraja perlu ditubuhkan bagi menyiasat kes ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media selepas pertemuan selama 30 minit bersama Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, Pengarah Bahagian Komunikasi SPRM, Datuk Ahmad Khusairi Yahya dan dua pegawai SPRM berhubung isu dakwaan wujud elemen rasuah yang menyebabkan kerugian MAS.

Beliau sebelum ini mendedahkan wujud pihak yang melindungi bekas Pengerusi MAS berhubung kes kerugian RM8 bilion MAS

Salahuddin turut mempertikai kewibawaan SPRM yang memaklumkan aduan pihak MAS kepada PDRM yang tidak sepatutnya dimaklumkan berhubung aduan tersebut.

No comments: