PENARIKAN PENGIKTIRAFAN BADAN ISLAM DI URUGUAY
Dimaklumkan bahawa JAKIM telah menarik balik pengiktirafan kepada Badan Islam Uruguay iaitu Uruguay Islamic Centre berkuatkuasa mulai 15 April 2010.
Bagi permohonan Sijil Halal yang menggunakan sijil daripada badan islam ini adalah tidak diterima.
http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN
Kita mintak la jakim atau apa saja pihak berkuasa agama ni..jgn la memain
tentang sensitiviti umat Islam..
Kenyataan di atas tu.. list kan lah sekali mana produk yang guna sijil halal tu..
setakat nak lepas batuk ditangga je.. baik tak payah la.. apa guna kenyataan diatas tu.. ada publish dalam TV ke.. Dalam surat khabar ada masuk tak..
setakat buat kenyataan dalam kelambu kau org je.. baik balik kampung la..
menoreh getah lagi baik dari jadi bacul makan gaji buta..
org islam kat malaysia ni terus je la makan benda haram.. lepas tu marah pulak
rakyat malaysia takde moral , buang anak, seks bebas, hisap dadah.. segala macam
haram lagi.. dah kau orang bagi makan benda haram kat kita orang..cemana kita orang nak baik.. Sapa nak jawab dalam kubur nanti ni.. Jakim boleh tolong jawabkan ke..
Tu Ayam dan daging yang jual kat pasaraya ada cop halal tu betul2 halal ke..?
Boleh ke Jakim tanggung dosa rakyat malaysia ni..
Macdonald guna sijil ni ke..?
Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan
bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.
Ketidakakuran menyebabkan sijjil dari Uruguay Islamic Centre tidak tidak layak memomohon Sijil Halal JAKIM
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
patut jakim sebarkan kat media kalau betul perkara ni. asyik crita tangkap orang tak puasa je dari dulu.
Post a Comment