Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 26, 2010

SEDIH ! APA YANG KITA BOLEH BANTU ABDUL MALEK?

Orang ramai yang mengikuti berita berhubung bekas tahanan ISA, Abdul Malek Hussin dan menganggapnya sebagai manusia paling malang di Malaysia , memang tidak boleh persalahkan.
Nasib malangnya itu bermula pada akhir tahun 1998 apabila dia ditahan selama 57 hari mengikut ISA yang menafikannya sebarang hak untuk dibicarakan bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya.
Sepanjang 57 hari ditahan, Abdul Malek didera secara mental dan fizikal. Malah dia mendakwa pernah dipaksa minum air kencing oleh polis yang menjaga beliau. Kes itu telah dibicarakan dimahkamah dengan saksi-saksi dipanggil dan semua mengaku pernah melakukan perbuatan itu keatas Malik.
Mahkamah tinggi telah menganugerahkan RM2.5 juta, namun pihak kerajaan telah membawa kes itu ke mahkamah Persekutuan yang menyaksikan akhirnya Malik terpaksa membayar RM70,00 kepada orang yang bertanggungjawab menderanya.
Abdul Malek diarahkan membayar RM20,000 sebagai kos kepada ketiga-tiga responden yang pernah mendera beliau iaitu-- pegawai cawangan khas Borhan Daud, ketua polis negara pada ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor dan kerajaan Malaysia.Ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Abdul Malek membidas keputusan penghakiman itu yang disifatkannya sebagai ‘kejam’."Mereka tolak permohonan saya untuk merayu. Mereka langsung tidak mahu mendengar kes saya. Ini amat kejam. Sekurang-kurangnya bagi jalan dan dengarlah dulu."Saya fikir badan kehakiman sebenarnya takut,” dakwanya."Bdan kehakiman sepatutnya menjadi benteng kepada rakyat untuk mencari keadilan. Tujuan rakyat ke mahkamah hanyalah semata-mata untuk mencari keadilan. Di negara ini, badan kehakiman menyokong rejim kuku besi. Habislah."(Mahkamah) telah gagal dalam tanggungjawab mereka menegakkan keadilan dalam mempertahankan hak asasi manusia dan menentang pemerintahan kuku besi,” katanya.[Baca berita penuh]
p/s: Hakim Mahkamah Persekutuan tahu Malik pernah didera oleh 3 pihak iaitu Borhan,Rahim Noor dan kerajaan.Dan Hakim itu juga yang menjatuhkan hukuman supaya Malik membayar gantirugi pada 3 pihak yang pernah mendera beliau.Adakah hakim jenis ini yang dikatakan "sebelah kakinya berada di neraka?"

2 comments:

dino.yp@gmail.com said...

Sedih jugak dengar cerita dia. Tapi pun juak2 PAS ni memang perangai cari kesempatan. Bila mahkamah setuju kat depa, depa kata mahkamah adil, tapi bila mahkamah tak setuju kat depa , depa kata mahkamah tak adil. nak kata apa pun tak tau dengan juak2 PAS ni.

zul_neem said...

assalamualaikum

Sila bagi contoh dan dimana berlaku biar aku selidik dan telitikan.Lepas itu biar aku habaq pada kau macammana nak teliti dan membuat keputusan dari sudut pandangan hakim.Sabarlah buat sahabatku malik Hussin.Banyak-banyaklah berdoalah semoga mendapat keadilan dan perhitungan dimahkamah Allah diakhirat kelak.