Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, August 26, 2010

NAK TERGOLAK BACA CITOR NIE

sedutan kesah..

Kisah ini bermula apabila aku menerima sepucuk telegram. Aku tidak tahu siapa yang menghantar telegram ini. Tidak ada nama penghantar dan tidak ada alamat di telegram ini. Tidak ada angka telefon untuk aku membalas kembali. Aku tidak tahu siapa yang menghantar telegram ini.

Isi kandungan telegram ini ialah: PERGI KE TELOK KEMANG STOP PADA MALAM 14 BULAN MENGAMBANG STOP PANDANG KE LAUT STOP DATANG SEORANG DIRIS TOP.

Ini cukup pelik. Aku risau sebenarnya. Ini mungkin telegram tersalah alamat. Ini mungkin telegram untuk penyuludup pendatang haram dari Sumatera. Atau penyuludup ganja dari Acheh. Aku belek-belek telegramini. Jelas nama dan alamat aku. Tidak ada yang salah. Malah macam mana alamat aku ini diketahui pun aku tidak faham. Ini kerana amat jarang aku memberikan alamat aku kepada sesiapa pun.

Fikir punya fikir aku pun pergilah ke Telok Kemang. Aku datang sehari sebelum bulan penuh mengambang. Ini kerana aku nak menyesuaikan diri aku dengan suasana laut. Maklumalah aku orang kota. Untuk aku laut ini tempat tahi dan kencing orang kota terkumpul, terutama di Selat Melaka.

Aku amat amat berharap di malam bulan mengambang yang dijanjikan, hujan tidak akan turun. Jika hujan atau mendung maka tidak akan kelihatan cahaya bulan. Aku tidak akan dapat melihat apa-apa ketika aku memandang ke laut. Memikirkan perkara ini aku jadi gelabah.

Untuk memastikan yang hujan dan mendung tidak datang, aku telah pergi membayar nazar di Tanjung Tuan. Saekor ayam jantan hitam telah aku lepaskan ke dalam hutan belukar Tanjung Tuan yang dikatakan penuh dengan orang bunyian. Tapi orang bunyian di hutan Tanjung Tuan ini tidak sama dengan orang bunyian di Hard Rock Café atau orang bunyian Pancha Sitara. Jangan silap faham - mereka amat jauh bezanya

Tidak cukup dengan merasuah orang bunyian ini aku telah menaburkan tujuh jenis bunga ke kawasan Bukit Telok Kemang. Kawasan ini satu masa dahulu adalah tempat melihat anak bulan. Mengikut surah orang Negeri Sembilan kawasan ini 'keras' kerana sejak zaman berzaman, setelah Islam masuk ke Tanah Melayu kawasan inilah yang menjadi tumpuan untuk menentukan bila hari puasa bermula dan bila kita berhari raya.

Botol bersurat


Bila internet sampaim kita tidak perlu lagi melihat anak bulan. Kawasan ini menjadi belukar. Malah tarikh puasa, raya dan Hari Raya Haji semuanya telah diketahui sepuluh tahun lebih awal.

Keesokan harinya, jam tujuh petang lagi aku telah berada di tepi laut. Aku duduk seorang diri di sebuah bangku. Mata aku memandang ke laut dan ke langit. Memandang ke langit untuk melihat bulan mengambang. Memandang ke laut untuk melihat apa yang akan mucul. Sekali sekali terfikir juga bagaimana kalau naga kepala tujuh akan muncul dari tengah laut. Seram juga bulu kaki.

Jam lapan malam gelap pun sampai. Bila gelap sampai maka bulan pun tanpa segan dan malu keluar menyinar. Mata aku terus memandang ke permukaan laut. Aku tidak tahu apa yang akan aku lihat. Dari jam 9 hingga jam 10 malam aku kesaorangan di tepi pantai Telok Kemang. Anjing sesat dan kucing lapar pun telah lama meninggalkan pantai. Semua sepi kecuali bunyi ombak memukul pantai. Nasib baik udara agak panas kalau tidak aku mengigil kesejukan.

Semakin lewat malam semakin terang air laut kelihatan. Tetiba tepat jam 12 tengah malam, aku nampak ada satu cahaya bersinar dan berkelip-kelip datang dari laut. Aku ingatkan ini cahaya alat pemancar kapal selam yang baru di beli. Kemudian aku teringat kapal selam Malaysia ini belum boleh menyelam. Jadi ini pasti bukan kapal selam.

Cahaya yang berkelip dan kelihatan tenggelam timbul ini makin lama makin merapati pantai. Aku terfikir apakah ini 'bendanya' yang wajib aku tunggu? Aku memberanikan diri lalu pergi ke gigi pantai. Di gigi pantai aku menunggu dengan debaran. Cahaya yang berkelip-kelipan tenggelam timbul ini akhir sampai ke tepi pantai.

Nah! Rupa rupanya sebijil botol yang terapung-apung. Aku tersenyum lalu mengambil botol ini. Bila aku amati, di dalam botol ini ada sepucuk surat. Wow! Baru aku sedar rupa rupanya ini botol bersurat. Dengan tidak sabar-sabar aku membuka botol itu dan mengambil surat di dalamnya.

Kepada Para pembaca yang budiman,
Aku minta maaf mungkin para pembaca tidak percaya apa yang telah aku tulis ini. Malah aku sendiri pun merasa kekok untuk menulis kisah ini kerana pasti ramai pembaca kurang yakin tentang apa yang telah aku tulis. Lebih memeranjatkan lagi ialah tentang isi kandungan surat dalam botol ini dan siapa penulisnya.

Cina Hailam

Walau apa pun biar aku berterus terang kerana surat dalam botol ini telah meminta aku menerangkan seterang mungkin kepada seluruh rakyat Malaysia, walau pun mungkin ianya berbau macam tidak masuk akal.

Wahai pembaca yang budiman, jangan terperanjat dan jangan menjadi sinis - surat dalam botol ini ialah surat sahih dari Teoh Beng Hock.

Kenapa aku dipilih untuk melakukan semua ini tidak pula aku ketahui. Dari surat ini, Teoh Beng Hock ini telah meminta aku membuat beberapa pekara. Hari ini aku hanya menjalankan tugas. Salah satu dari tugas aku ialah membuka cerita ini kepada umum pada hari baik bulan baik ini. Ya, ini bulan Ramadan. Ini permintaan Teoh sendiri.

Sebenarnya surat dalam botol ini telah aku temui satu minggu setelah Teoh meninggal dunia. Tetapi surat ini meminta aku menyimpan isi kandungan surat ini daripada diketahui umum sehingga muncul dan ditemui satu 'surat' yang mengatakan bahawa Teoh telah membunuh diri.

Dalam suratnya Teoh telah menulis dan menerangkan bahawa dia tidak membunuh diri. Apabila aku teliti isi surat Teoh ini maka aku sedar bahawa sebenarnya Teoh telah mengetahui awal lagi bahawa dia akan dibunuh kerana itu Teoh telah membalingkan botol berisi surat ini ke dalam laut lebih awal. Teoh juga tahu bahawa akan ada pihak yang akan membuat surat surat palsu dan memfitnah dirinya.

Menurut Teoh, surat palsu ini ditulis oleh seorang penulis Cina Hailam yang pakar dalam hal pemalsuan dokumen. Cina Hailam ini ada membuka kedai menjual mee hailam di Jalan Raja Laut sebagai perniagaan halal. Cina Hailam ini memang bijak, malah dia pernah membuat satu surat cinta John Lennon kepada Yoko Ono yang telah dilelong di Christie London. Dari sumber yang tidak rasmi, surat palsu Lennon ini telah di beli oleh kerajaan untuk dijadikan bahan muzium.

Dalam surat ini Teoh juga telah memberi ingatan bahawa Cina Hailam ini telah membuat sekeping surat wasiat bersama geran tanah atas nama Yap Ah Loy yang menunjukkan bahawa tanah TUDM di Sungai Besi itu sebenarnya adalah milik Joe Lo.

Menurut surat Teoh ini wasiat dan geran palsu ini dibuat jika sekiranya kes tanah TUDM ini ditimbulkan oleh Pakatan Rakyat dalam parlimen. Menurut surat Teoh ini lagi, Cina Hailam ini juga telah membuat sekeping surat palsu yang telah di tanda tangani oleh orang suci di mana tanah tapak Penjara Pudu itu adalah milik seorang saudagar besar.

Cerita-cerita tak masuk akal

Dalam suratnya, Teoh Beng Hock juga telah menceritakan bahawa sebab utama dia dibunuh kerana: Pada satu malam ketika dia menjalankan tugas sebagai pembantu Yang Berhormat dia telah diminta pergi membeli mee hailam. Waktu telah lewat malam tetapi sebagai pembantu yang baik Teoh telah pergi mengetuk pintu kedai mee hailam ini di Jalan Raja Laut.

Tanpa disedari oleh Teoh, cara dia mengetuk pintu itu adalah tanda untuk membenarkan geng Cina Hailam ini masuk. Apabila Teoh masuk dia telah dibawa ke bilik rahsia di mana Cina Hailam ini sedang membuat dan mencetak kad pengenalan palsu untuk kerajaan Sabah. Teoh terserempak dengan kerja jahat ini. Kerana ini dia wajib dibunuh.

Pembaca yang budiman,
Aku berharap para pembaca sekelian akan percaya dengan cerita aku ini. Sekali lagi aku katakan, aku hanya menjalankan tugas. Aku meminta maaf jika cerita aku ini tidak masuk akal. Memang pada hari ini memang banyak cerita cerita yang tidak masuk akal. Ada cerita Lim Guan Eng ganti Agung dalam khutbah. Ada cerita kapal terbang boleh terbang tanpa enjin. Ada cerita Bank Negara boleh buat duit dari daun getah, macam macam lagi.

Pembaca semua pasti pernah membaca bagaimana Teoh di katakan telah mencekek dirinya sendiri. Para pembaca yang budiman pasti telah tahu tentang surat pengakuan Teoh membunuh diri yang baru ditemui. Semuanya tidak masuk akal tetapi inilah hakikatnya pada hari ini.

Aku minta maaf terpaksa berhenti disini. Aku hendak menghidup api di tunku untuk menanak beras untuk bersahur. Jika aku ada masa nanti aku akan menceritkan lagi apa isi kandungan surat dalam botol daripada Teoh Beng Hock. Ini janji aku. Aku rasa buat masa ini cukup setakat ini sahaja.

Di hari baik bulan baik ini aku menghulurkan tangan, kalau sesiapa yang memiliki duit berlebihan silalah bersedekah. Tak perlu hantar telegram kepada aku. Hantar duit sedekah itu melalui pos.
Dicatat oleh pembela_rakyat

No comments: