Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, July 19, 2010

UNDI POS TENTERA TINGGI TAPI SEBENARNYA RAMAI BELUM BERDAFTAR


Pada rakyat dah sedar dan tak pelik dengan fakta Undi Pos Tinggi Tapi Ramai Bekas Tentera Belum Daftar Mengundi. Dengan sebab itu PRU12 telah menukar wajah pengundian yang mencederaparahkan BN/UMNO, semoga PRU13 akan terus beri kesedaran rakyat tak kira bangsa agar menguburkan langsung BN/UMNO tanpa menggugat kesejahteraan rakyat Islam.

Diberitakan dari Kota bahru bahawa lebih 30 peratus daripada 450,000 bekas tentera di negara ini masih belum berdaftar sebagai pengundi walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dijalankan.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata, kebanyakan mereka gagal dikesan terutama golongan yang bersara tanpa pencen.


Menurutnya, selain tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lebih separuh daripada jumlah itu juga gagal mendaftar sebagai ahli persatuan berkenaan.

"Mereka sepatutnya sedar dengan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia tetapi saya lihat kebanyakannya terus berdiam diri selepas bersara.

"Kalau tidak mahu mengundi sekalipun biarlah sekurang-kurangnya berdaftar dengan SPR agar pada masa akan datang jika undi kita diperlukan, maka sumbangan dapat diberi," katanya kepada pemberita pada Persidangan Perwakilan Tahunan ke-42 PBTM Kelantan di sini semalam.

Komen : Teman semasa melakukan pendaftaran Pengundi Muda dan Pengundi Baru di Bukit Sentosa ada juga disinggah oleh beberapa orang bekas tentera yang baru mendaftar. Mereka ini memberitahu bahawa serbasalah nak mendaftar kerana jika mereka daftar berkemungkinan lagi bertambah undi pos dan undi hantu. Dan ada isteri-isteri tentera yang merungut kerana mereka selalu di ubah tempat mengundi atau nama tiada di tempat yang pernah mereka daftar sehingga kesukaran semasa Pilihan Raya .

No comments: