
Tan Sri Norian Mai (lahir 5 November 1946) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang keenam dan berkhidmat dari 8 Januari 1999 sehingga persaraannya pada 5 November 2003.
Dilahirkan di Hilir Perak, Norian menceburkan diri dalam pasukan polis sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 November 1969. Pada 31 Disember 1984, beliau dilantik menjadi Ketua Polis Terengganu dan kemudian pada 31 Disember 1992, beliau pula dilantik menjadi Ketua Polis Selangor. Norian Mai menjadi Timbalan Ketua Polis Negara pada 6 Julai 1997.
Pada 8 Januari 1999, Norian menjadi Ketua Polis Negara sewaktu Tan Sri Rahim Noor meletakkan jawatan atas peristiwa pemukulan bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di lokap polis Bukit Aman.
Sedap-sedap bersara walaupun beliau tak banyak kes namun bekas KPN ini, kerajaan diarah bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada suri rumah
KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah yang kematian suami ketika berada dalam tahanan polis 11 tahun lalu, hari ini menerima ganti rugi kecuaian berjumlah RM1.4 juta.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Lee Swee Seng, dalam keputusannya membenarkan rayuan balas Suzana Md Aris berhubung taksiran ganti rugi, mengarahkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai dan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi berkenaan.
No comments:
Post a Comment