Pekerja KTM piket petang ini
Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KPPTMB) akan menggerakkan lebih 3,000 ahlinya di seluruh negara bagi berpiket menentang penubuhan ET Sdn Bhd (ET) sebagai pengendali perkhidmatan tren elektrik (ETS).
Piket tersebut akan diadakan di perkarangan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Jalan Hishamuddin di ibu negara pada jam 5.30 petang ini.
Menurut presiden KPPTMB Abdul Razak Md Hassan, perhimpunan petang ini juga bagi mendesak Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan meletakkan jawatan.
"Sekiranya beliau enggan letak jawatan maka kementerian kewangan hendaklah menilai keududkan presiden KTMB melalui KPI (Indeks Petunjuk Utama)," katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Razak sebelum ini dilaporkan menolak langkah itu, antaranya kerana tindakan menganaksyarikatkan pengendali ETS didakwa menyebabkan faedah kesihatan pekerja dikurangkan, kehilangan elaun-elaun, jumlah cuti berkurangan dan sewa kuarters akan dinaikkan.
Katanya kira-kira 500 pekerja dijangka menyertai piket selama sejam hari ni manakala satu lagi piket dirancang diadakan di 10 cawangan di seluruh negara pada 21 Julai.
Kesatuan itu mempunyai 3,600 anggota
http://www.malaysiakini.com/news/136633
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment