Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, July 8, 2010

ANTARA YANG KARPAL SINGH PUSING DAN PADA SIAPA YANG PATUT KITA LESING


Selama 8 tahun seramai 257,000 anak luar Nikah di daftarkan dalam Kerajaan Malaysia yang diistihar Kerajaan Islam.
Teman pun memang setuju Kerajaan sekarang bukan kerajaan Islam yang sebenar!
Karpal Singh sebenarnya dah memahami sedikit sebanyak apa itu kerajaan Islam. Beliau mempertikaikan yang kerajaan sekarang bukan kerajaan Islam bukan menolak kerajaan Islam yang akan digarap oleh Pakatan Rakyat kelak.'
Benar pada teman kenapa si Karpal Singh kata Kerajaan sekarang bukan Kerajaan Islam kerana banyak undang-undang dan cara penghakiman yang memusykilan sesiapa yang bukan Islam dan apatah lagi bukan Islam.
Sebagai contoh , hukuman kepada peminum arak yang beragama Islam masih tidak ketentuan. Hukuman qazaf yang dibangkitkan oleh DS Anwar ditolak oleh Menteri Islam yang bertanggungjawab pada hal ehwal Islam sendiri.
Hukuman liwat berkait orang Islam tidak dibicarakan di mahkamah Syariah. Dan kini masalah anak luar nikah dan perangai kebinatangang pembuangan bayi berleluasa bertambah ketara.

Krisis moral yang membimbangkan apabila perangkaan menunjukkan 257,000 sijil kelahiran yang dikeluarkan dari tahun 2000 hingga Julai 2008 tidak mencatatkan nama bapa.

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu, ini bermakna 2,500 anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau purata 84 kes setiap hari.

Tambahnya, perangkaan dari 1999 hingga 2003 mencatatkan 70,430 anak luar nikah didaftarkan iaitu:

Islam 30,978 ,

Hindu (18,085),

Buddha (17,236) dan

Kristian (3,395).

Anak luar nikah berketurunan Melayu (Kerajaan UMNO sentiasa mengatakan yang Melayu mesti Islam dan samapaikan UMNO adalah Islam padahal ahli UMNO tidak mestinya ISLAM sekarang ini di Sabah dan Serawak) meningkat daripada 16,100 pada tahun 2007 kepada 16,541 dalam tahun 2008 dan 17,303 pada 2009.

Yang penting jangan marah si Karpal tetapi kita perlu muhasabah dan sentiasa memberi pengetahuan dan contoh pada si Karpal Singh apa itu pemerintahan Islam sebenar yang akan kita laksanakan bila dapat mengambilalih Pemerintahan Kerajaan Islam dalam Pilihan Raya ke 13 nanti. Beliau bukan Islam memang patut begitu bukan macam si Tun Mahathir yang Islam tapi menentang hudud dan menghina Nabi terang-terangan.

2 comments:

Anonymous said...

Benar apa yang di katakan tetapi kita harus ingat juga masalah kelahiran anak luar nikah juga terjadi di negara-negara Islam yang lain dan di negeri yang terkenal dengan gelaran SERAMBI MEKAH ianya tidak terkecuali.Apakah boleh selepas ini kita mengatakan KELANTAN bukan sebuah negeri yang mengamalkan hukum ISLAM yang di sebut-sebut oleh TOK GURU kerana ianya juga terjadi disana atau TOK GURU hanya pandai bercakap tetapi dakwah tak pernah sampai ke pengikut dan rakyatnya.Atau sama sekali tidak berdakwah tetapi hanya berceramah politik demi periuk nasi.Harusnya kita harus bergabung tenaga bersatu membenteras gejala ini bukan hanya menunding jari kesana-sini-sinun mengatakan orang salah kita benar.

Anonymous said...

salam

artikel di atas berkaitan ttg pandangan karpal sing dgn islam. itu pandangan karpal sing yg tak berapa faham ttg islam. bagaimana pula pemimpin yg mengaku islam tp tak setuju dgn undang2 islam dijalankan di negara ini?

kenapa bingai sangat mengaitkan kelantan dengan penzinaan?
tahukan anda bahawa rakyat kelantan ada berpuluh ribu mencari rezeki diseluruh negara di malaysia?
mereka terdedah dengan budaya sosial yg diamalkan oleh umno. mereka terdedah dengan gejala songsang yg dibawa oleh umno ini.
lihatlah berapa banyak pesta, konsert, karnival yg dianjurkan oleh umno? semua ni menggalakkan pergaulan bebas. bila pergaulan dah bebas, syaitan akan memujuk. maka jadilah perkara yg ditegah oleh agama.

harus diketahui juga bahawa bukan semua penduduk kelantan menyokong pas. ada kawasan yg dimenangi oleh BN-UMNO. budaya umno inilah yg merosakan sasiah umat.

lihat sajalah pemimpin wanita umno, cara mereka berpakaian, bergaul dan berpolitik. bila ada prk, aksi mereka ini mcm tak tahu yg halal dan haram. menunjukkan aksi lucah dan bertepuk tampar dgn bukan muhrim tanpa segan silu. aksi pemuda dan puteri umno ini sgt memualkan. pergaulan bebas mereka melampaui batas. kalau masih sangsi, cuba lah diadakah lagi satu prk dan anda lihat lah pelakuan mereka.

adalah mustahil nik aziz nak mentarbiahkan semua penduduk kelantan. penyokong umno siang-siang lagi dah menolak nik aziz .mereka sgt benci. mereka telah meletakan tembok besi yg tinggi bagi menghalang pengaruh pas masuk ke kawasan mereka.


berfikirlah secara matang dgn akal yg waras berlandaskan hukum islam dan bukan dgn perasaan marah.