Kejatuhan mendadak FDI hilangkan kelayakan PM'
Kejatuhan mendadak pelaburan langsung asing (FDI) dengan sendirinya menghilangkan kelayakan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"Najib seharusnya berundur secara terhormat demi untuk menyelamatkan (gagasan) Satu Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan," katanya.
Laporan Pelaburan Dunia 2010 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan jumlah FDI ke Malaysia terus mencatatkan penurunan mendadak sebabnyak RM19.04 bilion berbanding RM23.47 bilion* yang diterima pada tahun 2008
Perangkaan tahun lalu yang hanya bernilai RM4.43 bilion juga tidak mencerminkan separuh daripada apa yang lazimnya diterima oleh Malaysia pada 1995 hingga 2005.
Dalam satu kenyataan lewat malam tadi, Mahfuz berkata beliau tidak sangka laporan tersebut menggambarkan petunjuk Prestasi Utama (KPI) "begitu buruk sekali".
“Dalam sektor korporat perkembangan begini adalah gambaran gagalnya seorang CEO (ketua pegawai eksekutif).
"CEO seperti ini akan dipecat kerana tidak produktif dan gagal membawa pulangan keuntungan kepada syarikat,” katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.
Mahfuz berkata gambaran tersebut menggambarkan Malaysia mengalami krisis kepercayaan masyarakat antarabangsa, akibat daripada gejala rasuah dan kepincangan sistem perundangan negara.
“Di Malaysia, Umno mengamalkan konsep who you know (siapa anda kenal) bukan what you know (apa anda tahu),” katanya.
Mahfuz berkata, ini dibuktikan melalui pelbagai "kepincangan pengurusan" dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberikan tanggapan bahawa tiada budaya ketelusan dan kebertanggungjawaban.
“Ingin saya lontarkan soalan adakah Najib bersedia mengambil tindakan untuk melepaskan jawatan? Tentu tidak. Najib akan kata 'business as usual' (bekerja seperti biasa).
“Inilah budaya 'tidak apa' (dalam) Umno yang merosakkan negara,” katanya lagi.
* Perangkaan diambil kira berdasarkan nilai 1 USD = 3.20650 MYR.
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 7/27/2010
Komen terpilih :
1. Ilmu bukan yang dikehendaki industri.
Malaysia tak disenaraikan, dan pelaburan asing menurun dengan mendadak kerana sistem pelajaran yang sampai sekarang pincang - pelajar universiti dan IPTS/IPTA bukan yang dikehendaki industri.
Jika saya nak buat kilang teknologi, saya nak engineer dan ahli perkomputeran, bukan pelajar yang ada degree agama atau sastera. Saya nak yang pandai bertutur bahasa Inggeris, bukan Melayu dan Arab.
Saya terperanjat ada skim baru dimulakan - skim melatih graduan. Ai! Baru keluar universiti nak ditraining lagi? Maknanya kamu bodoh sakanlah, tak boleh dapat kerja; nak kena habiskan duit rakyat lagi nak training enam bulan.
Most of them are from, maaf kata, IPTA.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment