Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, July 27, 2010

BACA DAN FIKIR, INI BUKAN IDEA TERAKHIR

Komen yang bagus untuk difikir dan dipertimbangkan.

Malaysia ada 20 universiti awam, IPTA. Dan 26 kolej-uni privet, IPTS.
Graduannya setahun ialah 100,000 dari IPTA dan 80,000 dari IPTS.
Menurut pakar, graduan IPTS ni mudah dapat kerja sebab, antara lain, ilmu yang diajar relevan untuk industri dan mereka boleh bertutur Inggeris.
Di uni anak jantan saya dulu (sekarang beliau di Sinkapore dalam National Service, tak sempat belajar sampai habis), rakan-rakannya belum habis belajar engineering course lagi dah ada syarikat melamar. Gaji RM2,000 ke atas pun ada.
Graduan IPTA pula, maaf kata, ramai saya dah jumpa. Bukan mereka bodoh, jauh sekali. Tapi mereka tak pandai bertutur Inggeris, jadi syarikat nak ambil masuk pun susah. Saya kenal ramai graduan Melayu anak rakan-rakan, terpaksa mereka masuk sektor kerajaan.
Anak saudara saya di Penang untung sekali. Selalu top dalam kelasnya di sekolah kampung di Seberang Perai, kini dah masuk Intel! On the way up. Dulu minah kampung ni cakap dengan saya bahasa Penang P.Ramlee. Kini dah campur slang omputeh.
aya pandang rendah graduan tempatan? Bukan saya, brader, tapi syarikat nak melabur di Malaysia. Macam mana nak hantar kamu training di London dan Boston, Frankfurt dan Paris, jika tak boleh tutur bahasa perantaraan dunia? Yang saya ke US baru-baru ini, jumpa diplomat dan wartawan dari 25 negara lain - tentunya bertutur Inggeris, bukan Jawa dan Bawean.

Jadi Malaysia kena perbetul sistem pelajaran.
Dah ramai betul menteri pelajaran keluar masuk, macam-macam benda dibuat, tapi tak boleh fix education system.
Kenapa?
Jawapannya mudah: Di Malaysia, politik masuk campur dalam education.
Nak ajar matematik dan sains dalam Inggeris orang berdemo dan maki macam-macam bahawa kita lupa bahasa sendiri.
Katanya orang Jepun (penduduk 127 juta) dan Korea (penduduk 48 juta) ada bahasa sendiri pun boleh maju - tapi negara mereka besar dan ada produk sendiri.

Malaysia ni kecik saja (27 juta), dan tak ada barangan sendiri seperti Sony dan Panasonic, Samsung dan Kia. Kita hanya kilang memasang barangan orang seperti Dell dan HP, Nokia dan Samsung.
Penduduk Taiwan kecik, 23 juta, tapi mereka jauh di depan. Brand mereka selain LG dan Acer, ialah negara OEM - original equipment manufacturer.

Banyak barangan elektrikal dan elektronik di dunia yang anda gunakan dengan jenama lain tu, dibuat di Taiwan atau dipasang oleh syarikat Taiwan.
Saya pernah cerita tentang syarikat Foxconn - OEM syarikat Apple di sini.

Maksudnya, banyak syarikat Taiwan ni kerjanya ialah memasang barangan yang didesign syarikat lain. Mereka juga tolong design sikit dan pandai dapat sourcing for materials.
Di Taiwan banyak syarikat kecil dan sederhana yang boleh keluarkan barang kecil elektrikal dan elektronik yang boleh dipasang dalam produk berjenama. Di Malaysia dan Singapore tak banyak syarikat kecil dan sederhana berkualiti begini.

Kamu ingat Nokia kamu dan Macbook kamu dipasang oleh mat salleh di Finland dan Amerika ke? Toshiba dan Dell kamu juga.
Mungkin pekerja di China dan Vietnam yang bekerja dengan OEM Taiwan.

Itulah branding dan brand name Taiwan. OEM country.

Lama-lama pasang produk orang, mereka pandai jadi tukang copy. Baru timbul syarikat ponsel yang sedang naik kini, HTC. Mereka dulu OEM saja.

No comments: