Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen-dokumen itu dan memutuskan bahawa tidak ada peruntukan dan asas undang-undang bagi membekalkan dokumen-dokumen itu kepada pihak pembelaan.
Marilah kita berdoa kepada ALLAH agar membuka hati mereka yang beragama Islam yang terlibat didalam konspirasi menjatuhkan DSAI dan yang terlibat dalam pendakwaan termasuk Hakimnya agar dibuka pintu hati mereka agar berlaku adil dan tidak menzalimkan sesiapa dengan sengaja. Teman berdoa agar mereka yang bertindak zalim bukan dengan sengaja agar ditunjukkan Allah bala dan hukumannya di dunia ini agar menjadi pertunjuk dan keinsafan pada yang hidup.
Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan dari peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai pasukan pendakwaan.
Pihak pembelaan memerlukan pelbagai dokumen dan bahan untuk diteliti pakar forensik Australia Prof Madya David Lawrence Noel Wells, yang telah diambil sebagai pemerhati oleh pasukan Anwar, sebelum pemeriksaan balas ke atas saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Mohd Razali Ibrahim.
Dalam permohonannya, Anwar meminta semua nota klinikal dan laporan perubatan, bahan, spesimen, e-mel, nota bertulis tangan, surat-menyurat, catatan dan pemerhatian oleh ketiga-tiga doktor yang telah memeriksa Mohd Saiful pada 28 Jun, 2008, dua hari selepas Mohd Saiful mendakwa dia diliwat oleh Anwar.
Dr Mohd Razali telah memeriksa bekas pembantu Anwar dengan pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.
Anwar turut memohon sejarah lengkap pemeriksaan perubatan ke atas Mohd Saiful yang dijalankan di HKL, proforma serangan seksual standard dan kit serangan seksual yang digunakan oleh hospital dan kelayakan serta pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan.
Mahkamah menetapkan 14 Julai untuk menyambung perbicaraan.
Anwar, 63, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, didakwa meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Terdahulu, Karpal berhujah bahawa mahkamah tidak sepatutnya terlepas pandang mengenai keperluan bagi memastikan anak guamnya diberikan satu perbicaraan yang adil berdasarkan perintah Mahkamah Persekutuan pada 29 Jan.
Mahkamah Persekutuan, ketika menolak permohonan Anwar bagi pendakwaan untuk membekalkan pelbagai dokumen termasuk laporan perubatan dan sampel specimen, memutuskan bahawa pembelaan boleh memohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen itu semasa perbicaraan.
-Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ya allah matikanlah orang yang zalim ini,dengan kematian mereka akan menamatkan perbuatan zalim mereka itu sendiri.amin.
Post a Comment