
Teman setuju benor kalah Parlimen dipindahkan kerana bukan bangunannya uzur tapi UMNO yang dah uzor. Usah percaya cakap demer , dulu kata baiki bumbung bocor Parlimen sampai RM40 juta , tup-tup dah siap bocor lagi dan jawapannya tersilap baiki, rupanya dibuat hiasan dalaman bukan baiki yang bocor.
Tiba-tiba masa rakyat tengan susah hadapi barang naik, minyak naik , minyak masah pun tak turun walau kita pengeluar minyak sawit yang terbanyak tapi hampeh, gula tak cukup dan sebagainya tiba-tiba dekat bajet 2011 ada cadangan nak buat Parlimen baru pula.
Walaubagaimanapun teman setuju pindah tapi bukan buat yang baru tapi gunakan bangunan PICC yang tersergam indah (foto di atas ) sebagai Bangunan Parlimen yang baru,

No comments:
Post a Comment