Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, June 25, 2010

SEMOGA KELUARGA ALLAHYARHAM TABAH HADAPI KEMATIAN ANAK SULUNG DIPERCAYAI DIBULI+DERA

Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Sungai Besi di sini meninggal dunia awal pagi ini dipercayai dibuli dan didera oleh pelajar senior maktab tersebut, demikian menurut polis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Abdul Rahim Hamzah ketika mengesahkan kejadian itu berkata siasatan awal mendapati wujud unsur jenayah dalam kes kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16.
“Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata polis belum mengambil sebarang keterangan dan sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.
Kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) menyebut suatu kejadian yang melibatkan kematian pelajar itu berlaku antara 11.30 pagi semalam sehingga 1.20 pagi ini.
Mindef telah menubuhkan satu lembaga siasatan untuk mengenalpasti punca insiden itu.
Mohammad Naim Mustaqim didapati tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia sejurus tiba di situ.
Mayatnya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat dan laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pukul 2 pagi tadi.
“Keluarga Allahyarham telah dimaklumkan akan keadaan itu dan satu lembaga siasatan telah ditubuhkan sebaik kejadian itu berlaku bagi mengenalpasti punca kejadian,” kata kenyataan itu.
Beberapa pelajar yang dikenalpasti bersama-sama mangsa semasa kejadian telah dipanggil bagi membantu siasatan.
Siasatan awal polis sedang dijalankan untuk keperluan dalaman Angkatan Tentera, bahagian penyiasatan khas dari Cawangan Provos Marsyal untuk menjalankan siasatan susulan, kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, jenazah Mohammad Naim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong, Baling malam ini.
Jenazah pelajar itu tiba di rumah keluarga bapanya di Kampung Baru pukul 8.15 malam ini dari Pulau Pinang dan dikebumikan pada pukul 9.15 malam.

Urusan sembahyang jenazah dilakukan di rumah keluarga berkenaan.

Ibu mangsa Fauziah Abd Wahab, 45, beberapa kali pengsan sebaik mayat anak sulung dari tiga beradik itu tiba dengan van jenazah di rumah mereka. – Bernama

No comments: