Kita patut beri kredit pada Kerajaan BN kerana berjaya membenarkan demonstrasi bantah Israel dan perarakan yang diketua pemimpin Pakatan rakyat yang bergerak dari Masjid Kg baru hingga Kedutaan Amerika tanpa ada insiden yang buruk dan tiada berlaku semburan air pedih dan asap gas ke atas pendemonstrasi.
Maka bertitik tolak dari peristiwa maka teruskanlah Kerajaan BN memberi hak kebebasan membuat tunjuk perasaan tersebut dengan kawalan minima dari anggotan Polis dan insyallah Unit Amal akan membantu melicinkan perarakan atau demonstrasi tersebut.
Permit polis dan mohon kalau tak dapat Perhimpunan tetap diadakan.
Gerakan Rakyat Bantah Judi (GMJ) mengemukakan permohonan kepada ibupejabat polis daerah Dang Wangi untuk mendapatkan permit untuk berhimpun dan berarak pada 3 Julai depan untuk membantah pemberian lesen judi sukan.
Permohonan permit tersebut diserahkan oleh pengerusi GMJ Azmi Abdul Hamid pada jam 4.30 petang tadi.
Azmi yang juga presiden TERAS, turut ditemani setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat dan ketua Angkatan Muda Selangor (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Sejurus selepas membuat permohonan lima minit kemudian, ketiga-tiga pemimpin GMJ dipanggil untuk bertemu dgn ketua cawangan khas Dang Wangi, DSP Izan Bakri.
Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, Azmi menjelaskan bahawa pertemuan dengan Izan lebih tertumpu kepada program yang akan berlangsung pada tarikh tersebut.
Katanya, beliau meminta kerjasama pihak polis untuk membenarkan orang ramai berhimpun dan bearak bagi menyampaikan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Menurut Azmi, dalam perhimpunan pada 3 Julai itu, orang ramai akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara pada jam 2 petang, sebelum berarak ke Istana Negara.
Katanya, perhimpunan tersebut akan turut disertai oleh pemimpin NGO dan parti-parti politik.
Azmi berkata, polis akan memaklumkan kepada mereka mengenai keputusan permohonan permit itu.
Tambahnya, sekiranya permit tidak diluluskan, perhimpunan tersebut akan tetap diterus seperti yang dirancang.
"Kehendak rakyat dan masyarakat bersedia untuk bersama dengan perhimpunan ini. Kita sudah memutuskan akan berhimpun dan bergerak ke Istana Negara," katanya.
Malaysiakini/-
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment