Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 10, 2010

RAKYAT SUSAH HADAPI GST, HILANG SUBSIDI MASIH FIKIR PROJEK RM800 JUTA ! KERAJAAN BN/UMNO MEMANG BUTA !

Kerajaan sedang mengkaji kemungkinan membina bangunan baru Parlimen di Putrajaya manakala bangunan sedia ada akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat berhubung perkara itu.

“Benda ini akan dibawa balik ke Jemaah Menteri untuk dibincangkan, kita akan timbang dari semua aspek dan fikir cara mana yang terbaik tetapi belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan kos RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada.

“Sebenarnya Parlimen dah jadi bangunan warisan, kita tak boleh runtuhkan dan dalam masa yang sama kita kena pastikan bangunan ini juga diguna pakai, jadi kita akan fikir cara mana yang terbaik,” katanya.

Pada persidangan Dewan Rakyat sebelum itu dan dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka), Nazri berkata Jemaah Menteri baru-baru ini telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

“Bagaimanapun butiran lanjut mengenainya masih dalam peringkat kajian oleh Jabatan Kerja Raya,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga cadangan untuk membina sebuah Kompleks Parlimen yang baru dalam kawasan sedia ada bagi memenuhi keperluan Parlimen Malaysia di masa akan datang dengan mengambil kira aspek keselesaan, keperluan, kemudahan dan pertambahan bilangan Ahli Parlimen.

“Kerja membaik pulih, menaik taraf dan mengubahsuai bangunan Parlimen sedia ada pula adalah bagi membaik pulih struktur bangunan dan mengganti sistem mekanikal yang telah uzur. Cadangan ini telah dibawa ke peringkat mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan,” katanya. – Bernama

2 comments:

Faz Fazrin said...

apala nak jadi...

Ateh Nour said...

Assalamualaikum, baiklah gunakan peruntukan tu untuk baik pulih sekolah agama rakyat ke, ganti jembatan kampung yang rosak untuk memudahkan anak2 bangsa pergi sekolah atau bagi peruntukan kepada ibu2 tunggal yang bela anak ramai untuk buat modal berniaga...