BEIJING: Enam hakim yang mendengar kes pertikaian pinjaman di selatan China, cedera, apabila defendan menyimbah asid sulfurik ke arah mereka, di mana dua daripadanya cedera teruk.
Serangan asid di wilayah Guangxi berlaku hanya seminggu selepas seorang lelaki yang berang terhadap keputusan kes cerainya melepaskan tembakan di dalam mahkamah di tengah-tengah China, sehingga meragut nyawa tiga hakim dan mencederakan rakan sejawatan mangsa yang lain.
Dalam kejadian terbaru di bandar Wuzhou, menurut laporan Global Times, defendan yang dikenal pasti sebagai pasangan Chen Hongsheng dan Liu Fengjian, tiba-tiba menyimbah asid ke arah hakim ketika perbicaraan berlangsung.
Laporan itu yang memetik pakar perubatan yang merawat mereka, berkata hakim yang mengetuai perbicaraan itu dan seorang hakim lain mengalami kecederaan teruk dan mungkin masing-masing kehilangan penglihatan sebelah mata.
Penyerang itu sudah ditahan dan motif kejadian belum dapat disahkan. - AFP
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment