Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, June 3, 2010

PESANAN PJ PAS PAHANG UNTUK AHLI PARLIMEN PEKAN SEBELUM LOST ..OPSS SEBELUM KE LAOS

Komen : DS Najib Ahli Parlimen Pekan wajar buat pesanan Pesuruhjaya PAS ini sebelum mengutuk Israel yang membuat onar kezaliman tanpa had di Ghaza kepada sukarelawan bantuan Palestin.

MALAYSIA perlu menamatkan kontrak dengan syarikat perhubungan awam proksi Israel, Apco Worldwide dalam usaha menyatakan penentangan terhadap serangan regim zionis ke atas kapal misi bantuan Gaza, 31 Mei lalu. Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan penamatan kontrak itu boleh dilakukan Malaysia, memandangkan ia di bawah kuasa kerajaan.

"Sekadar mengutuk keras tindakan Israel, selain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu belum cukup kerana isu Israel-Gaza ini berlanjutan sejak sekian lama. Apa yang Malaysia boleh buat ialah tamatkan perkhidmatan Apco itu. Itu Malaysia boleh buat," tegas beliau ketika dihubungi Harakah.

Selain itu, tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, Malaysia yang dilihat sebagai sebuah negara yang mempunyai kuasa dalam OIC perlu mendesak negara-negara Islam lain agar memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Israel.

No comments: