Setakat ini tiada maklumat untuk mengesahkan sama ada Patrick Lim Soo Kit terlibat dalam tax evasion, malah sejauh mana besar angkanya. Namun, menurut sumber maklumat, tindakan ini mungkin hasil daripada pergelutan kuasa politik, dengan motif untuk mencantas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi.
Dan mungkin inilah sebab Khairy Jamaludin sukar mendapat tempat di hati Dato Seri Najib walaupun beliau Ketua Pemuda UMNO.
Pejabat Patrick Lim dimiliki Taman Equine Sdn Bhd, iaitu anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Equine Capital Berhad. Patrick Lim adalah pemegang saham Equine Capital, pernah menjawat Pengerusi dan Pengarah Eksekutif syarikat tersebut. Namun, beliau meletak kesemua jawatannya pada Oktober 2008, dan kekal sebagai pemegang saham yang kini memiliki hampir 14% sahamnya.
MerdekaReview gagal menghubungi jurucakap LHDN, malah staf Taman Equine Sdn Bhd enggan mengulas isu ini dengan alasan Patrick Lim bukan lagi pengarah syarikatnya.
Hubungan komersial antara Patrick Lim dengan Khairy adalah rapat. Kedua-dua mereka dituduh mengadakan Monsoon Cup Antarabangsa, yang menelan kira-kira RM200 juta semasa zaman Abdullah menjawat PM. Suara pertikaian tersebar luas kerana aktiviti ini dikatakan melibatkan wang royalti minyak, sehingga Patrick Lim digelar sebagai "Patrick Badawi" pada ketika itu.
Selain itu, Patrick Lim mendapat banyak projek di bawah Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) menerusi Equine Capital, termasuk pembangunan tanah Crescentia Park yang bernilai RM800 juta dan pembangunan semula padang lumba kuda Pulau Pinang yang bernilai RM25 bilion.
Antaranya, syarikat Abad Naluri Sdn Bhd di bawah Equine Capital telah memperolehi projek pembinaan semula padang lumba kuda. Meskipun Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Jabatan Perancangan Pembangunan belum meluluskan projek membangunkan Penang Global City Centre (PGCC) di padang lumba kuda, namun Patrick telah berjaya mengundang Abdullah Ahmad Badawi untuk merasmikan projek PGCC di Bukit Gantong.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment