Lembu : Hai anjing apa khabar? Nampak macam ada masalah jer..
Anjing : Haah, aku tensionala lembu, geram, marah pun ada kat manusia ini..
Lembu: Sebab apa? Dia orang nak bunuh ko ke? Ataupun diorang hina ko?
Anjing: Eh takla, yang aku geram manusia ni Allah dah bagi akal,, tapi tak gunakan akal itu dengan sebaiknya.. Contoh ko tengok, apa yang manusia buat, mereka sanggup buang anak merata- rata. Kita haiwan tak buat macam 2.. Mereka ni tahu buat anak jer, jaga anak tak tahu, Aku rasa kita ni lebih pandai daripada diorang..
Lembu : Ooo, Yea ke? Aku pun dengar juga, suatu hari, tuan aku tengah sembang dengan kawan dia, dia bagi tahu tahun 2009 jer lebih kurang 17303 lebih anak luar nikah yang berdaftar bawah JPN dilahirkan di Malaysia..Yang itu berdaftar, yang tak berdaftar mesti ramai lagi, apa nak jadi ni dengan manusia?????????? Mereka tidak takut ke dengan azab dan seksaan Allah..
Anjing : Ko nak tahu tak lembu?
Lembu : Yer apa dia?
Anjing : Ada hari 2 aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan tengah berkepit.. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata ‘”hoi anjing, pergi jauh- jauh.najis!”
Lembu: Ya, lah ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu anjing..
Anjing : Kalu aku najis sekalipun, kalu dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba- raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
Lembu : Betul tu, memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah. Lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak…
Anjing : Wah.. Ayat ko memang powerla.. Manusia kena ubah pepatah “ Pandai macam lembu”
Sahaja penulis tulis macamni, supaya kita dapat bandingkan manusia dan haiwan, haiwan tiada
akal tapi mereka tidak sampailah buang anak, tapi manusia apa nak jadi, klik
di sini…
Seandainya haiwan boleh bercakap sudah tentu terjadinya dialog sepertimana penulis tulis…
Agaknya golongan yang buang anak ni layak tak kita panggil haiwan???.. Tapi dalam Al- Quran
surah Al- A’raf ayat 179 yang maksudnya:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam itu kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat- ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda- tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah), mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.. Mereka itulah orang- orang yang lalai"
Sebarkan kepada semua..
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
Perghhhh.. menusuk kalbu....
Parlimen Bn serang Israel bagai nak rak, tapi senyap-senyap simpan rakan niaga dalam kelambu
Post a Comment