Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, June 22, 2010

CADANGAN BIJAK YANG MENCELIKKAN NAJIB !

Cadangan Dato Nik Aziz memang briliant dan bijak. selama ini tiada orang yang terfikir untuk mencadangkan idea tersebut. Sampai Najib terkedu menjawab dengan hanya alasan " Tidak Pernah Dilakukan". Sebab tak pernahlah kita cadang, kalau dah pernah bukan cadangan namanya, bongok ..upsss tersasul. Memang cadangan itu terbaik memandangkan pilihanraya adalah proses demokrasi maka semua parti bertanding perlu diberi masa yang cukup untuk buat persedian. UMNO/Bn yang telah lama memerintah masih takut dan pengecut untuk menghadapi kekalahan.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian notis 3 bulan sebelum mengadakan pilihan raya untuk membolehkan parti bertanding membuat persiapan, tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Kerajaan tidak pernah melakukannya dan ia juga bukan sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan, kata Perdana Menteri merujuk kepada permintaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tak pernah kita bagi tiga bulan...(dan) tidak pernah menjadi sebahagian daripada peruntukan Perlembagaan... (dan) tidak pernah menjadi satu amalan (pada masa lepas)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Mursyidul Am PAS itu.

Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan meminta kerajaan Barisan Nasional menunaikan tempoh itu berdasarkan kepada sebuah kerajaan demokrasi, yang seharusnya menyediakan ruang serta peluang kepada kesemua parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum nanti.

Terdahulu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merasmikan mesyuarat agung ke-57 Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur Sabtu.

Bernama melaporkan Najib juga ditanya pendapat pelbagai pihak mengenai kedudukan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan kedudukan kerusi Parlimen Batu yang dipegangnya selepas Mahkamah Tinggi mengurangkan dendanya kepada RM2,000 kerana menggigit seorang anggota polis pada Disember 2007.

"Kita nak tengok dia punya intepretasi, sebab ada dua intepretasi sekarang ini. Kalau kita tengok pada keputusan yang dibuat hakim ia mirip untuk tidak diadakan pilihan raya kecil sebab dia kata pilihan raya kecil ini membazir dari segi kewangan rakyat dan sebagainya.

"Bagaimanapun nanti kita tengok kaedah terbaik selesai perkara ini. Kita kena tengok macam mana tafsiran perlembagaan kita dan cara penyelesaiannya yang terbaik," katanya.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerusi parlimen itu perlu diisytiharkan kosong mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seorang Anggota Parlimen hilang kelayakan jika beliau disabitkan oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang daripada RM2,000 dan dia tidak mendapat pengampunan.

Mengenai cadangan bangunan Parlimen baru, Najib berkata kerajaan belum membuat apa-apa keputusan dan kerajaan juga sedar perkara ini melibatkan wang rakyat.

"Terlalu awal bagi saya kata apa dia keputusan. Biar kita kaji dulu macam-macam cadangan (yang ada)," katanya.

Perdana Menteri berkata yang menjadi masalahnnya ialah bangunan Parlimen sedia ada ini sudah terlalu lama.

"Kita ada dua pilihan...maknanya kalau kita pulih bangunan Parlimen... (kita) kekal di situ dan kita pindah sementara kerja pemulihan dilakukan," katanya.

Menjawab satu soalan mengenai pertaruhan judi sukan, Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan.-19/6/2010

No comments: