Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 11, 2010

YANG DUDUK RUMAH , WASPADA MUSIM BANCI PENDUDUK KELAK

Kakak saya yang berada di Pedas memaklumkan di Rembau dah banyak kes samun yang mana suspek menyamar sebagai Pegawai Kebajikan & Masyarakat. Majoriti mangsa adalah warga emas yang mudah ditipu. Biasanya mereka akan meminta mangsa menujukkan IC. Ketika mangsa hendak pergi mendapatkan IC, suspek akan masuk terus ke rumah dan mengambil barang2x yang berharga.

Jom maklumkan kepada ibubpa kita yang tinggal di kampung, uwan2x dan atuk2x yang tinggal keseorangan. Waspada sebelum terkena!

https://www.polisjohor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=582%3Akes-kes-bersiri-jenayah-komersil&catid=2%3Anews-centre-current&Itemid=3&lang=bm
KES PENIPUAN BANTUAN KEBAJIKAN / IBU TUNGGAL / WARGA EMAS

* Suspek menyamar sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat / Baitulmal dan datang berjumpa dengan mangsa untuk memberi bantuan kepada ibu tunggal / fakir miskin / warga emas.
* Mangsa menyerahkan wang / barang kemas sebagai wang proses kepada saspek. Saspek berjanji akan datang semula pada minggu berikutnya.
* Suspek meghilangkan diri dan gagal dihubungi. Mangsa buat laporan polis.
* Ciri - ciri saspek:
- Lelaki / Perempuan.
- Melayu / Bberpakain kemas.
- Berkumpulan.
- Menaiki kereta / motosikal.
* Sasaran:
- Warga emas.

No comments: