Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 11, 2010

NASIHAT SERIUS UNTUK BLOGGER MACAM KITE

Setelah saya amati dala-dalam, saya dapati penggunaan internet khusus untuk saya sudah dikira terlebih. Malah mungkin menjangkau tahap melampau. Kalau dahulu saya ada membuat satu post tentang ketagihan internet (kilik: sini), rupa-rupanya setiap ciri-citi tersebut terlalu realiti. Malah saya sendiri hampir memenuhi setiap ciri-ciri yang ada.

Kemudian, sejenak saya muhasabah, agaknya bagaimana ya nak mengawal keadaan ini?

Jadi, sahabat, saya menyeru pada semua, jangan di sebabkan internet ini tanggungjawab kita banyak terabai. Jangan jadi macam saya. Sama-sama kita menghadkan penggunaan internet dengan kadar tidak melebih-lebih. Tetapi didalam keadaan terdesak atau keperluan tidaklah ia dikira sebagai berlebihan.

Untuk sahabat handai terdekat..
satu cadangan saya, saya akan online pada petang Jumaat setiap minggu. Itu masa saya untuk bermasyarakat. Hoho. Oleh itu, saya turut menyeru pada sahabat handai untuk berada di talian pada masa yang sama. (Jumaat malam, waktu malaysia, Jumaat pertang, waktu Mesir).

Dr Fahmi AA (ABE)
MD MBBCH AzHar

No comments: