Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, May 4, 2010

TERBUKTI YANG MENDAKWA KOTOR & JIJIK & ZALIM

Bayangkan dan memang kenyataan bahawa banyak dakwaan oleh pendakwa condong kepada kerajaan BN akan menyusahkan dan cuba meLAMAkan dan PERAMkan kes bertahun-tahun dan akhirnya dengan kuasa ALLAH selalunya dimenangi oleh orang yang didakwa mereka.Takbir!
Mahkamah bebas 10 aktivis Bersih
Nazri Abdullah
KUALA LUMPUR, 4 April: Mahkamah Seksyen Jenayah 3 Jalan Duta di sini membebaskan 10 aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan di pekarangan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007 lepas.

Hakim Fathiyah Idris semasa membuat keputusan itu kira-kira jam 10.30 pagi tadi menyatakan pihak pendakwa gagal membuktikan wujudnya perhimpunan pada hari itu dan tangkapan terhadap 10 tertuduh adalah tidak sah.

Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Dr Mohd Nasir Hashim.

Mereka mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.

No comments: