Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Thursday, May 13, 2010

RUPANYA RAIS "WIN WIN SITUATION" BATU PUTIH TERLIBAT JUGA ...PATUT PONG !

PUTRAJAYA 8 Mei - Rakyat tidak perlu bimbang dengan isu kedudukan Limbang yang dijamin akan selesai dengan sendirinya setelah lima perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan Brunei antara 1920 hingga 1939 diakhiri dengan kerjakerja mengukur sempadan.
Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil membuat penjelasan itu ekoran 'kontroversi' penyerahan dua kawasan blok minyak, blok L dan M kepada Brunei baru-baru ini kerana terlibat secara langsung selaku Menteri Luar pada Mac 2009 bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rundingan dan proses diplomasi dengan kerajaan Brunei.

Malah, kata beliau, persefahaman yang dicapai hasil Pertukaran Surat yang ditandatangani kerajaan dengan Brunei pada Mac 2009 sebenarnya turut menyebabkan Brunei kehilangan 5,165 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya. Kawasan maritim negara kesultanan itu menguncup berbanding sebelum 1984.

''Saya dengar (dibangkitkan di Sibu dan diungkit pelbagai pihak termasuk akhbar pembangkang) seolah-olah Malaysia bodoh serahkan seluruh hak wilayah kita sedangkan ia (blok L dan blok M) tidak pernah menjadi milik kita.

''Silapnya pada tahun 1979, pemeta kita sekadar memasukkan tanggapan itu padahal ia terletak dalam Pelantar Benua Brunei dan diiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

''Begitupun Pertukaran Surat ini ada imbasannya (kaitan) pada Limbang. Apabila lima perjanjian berkenaan diselesaikan kehendak pengukurannya, soal Limbang tidak timbul lagi dan berhasil bagi Malaysia," kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini. Lima perjanjian berkenaan ialah:

i. Perjanjian Mengenai Sungai Pandaruan dan daerahnya pada 4 Februari 1920.
ii. Perjanjian Sempadan Sungai Belait dan Sungai Baram 25 Ogos 1931.
iii. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Trusan dan Temburong.
iv. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Sempadan Limbang dan Brunei dari Pantai ke Bukit Gadong 24 Februari 1933.
v. Perjanjian 4 November 1939 antara kedua-dua pihak.

Kelima-lima perjanjian inilah meletakkan Limbang dan dipersetujui bahawa terusan-terusan Pagalayan hingga ke Bukit Traja ditentukan oleh perjanjian tersebut. Rais yang kini menyandang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, dakyah kononnya Malaysia kehilangan wilayahnya telah dibangkitkan menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini dan justeru beliau terpanggil untuk menerangkan beberapa aspek justifikasi demi kenegaraan dan hubungan diplomasi dengan Brunei.
"Brunei dengan rela hati bersetuju bahawa kawasan maritimnya menguncup selepas Pertukaran Surat 2009. Ini keikhlasan tidak ternilai dan Malaysia tahu jika dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (di The Hague, Belanda) kemungkinan kita beroleh hasil lebih positif lebih jauh kes Batuan Tengah di Batu Putih," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini perairan di blok L dan M dikenali CA1 dan CA2 mengeluarkan hasil minyak dan hidrokarbon digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari nafkah dan berniaga.

Namun secara tiba-tiba Petronas menganggap ia perairan negara dan mewujudkan kerjasama carigali dengan Murphy Oil di Sabah.

"Bagaimanapun Brunei dalam perbincangannya bersetuju untuk berusahasama dalam kedua-dua petak komersial tadi termasuk minyak di bawah tajuk Perolehan Kerajaan untuk Malaysia bagi tempoh 40 tahun bermula dari tarikh Production Sharing Contract (PSC).

"Juga dipersetujui oleh Brunei tentang hak laluan kekal bagi rakyat Malaysia dan Sarawak melintas dan menggunakan perairan itu untuk mendarat atau pergi ke kawasan sempadan Sarawak dan Brunei. Pendek kata, ia tidak boleh ditarik balik...berterusan," kata beliau.
Pada masa sama Malaysia diberi 10 peratus faedah melalui kontraktor yang dipilih sendiri (iaitu Petronas) dalam hak dan obligasi yang sama. Seterusnya Malaysia juga akan beroleh melalui Petronas 75 peratus dari hal dan obligasi

Di bawah ni komen Penghuni Gua (penyokong UMNO)
Penghuni Gua : Untuk sama-sama kita fikirkan. harapnya kedaulatan kita masih terpelihara. Mengapa Pak Lah diamkan perkara ini dari pengetahuan umum dan tidak di bawa ke parlimen untuk mendapat mandat.

2. PG setuju, agar kertas putih dikeluarkan berkaitan perkara ini agar rakyat memahami duduk perkara sebenar isu ini dan bagi mengelak di gunakan untuk kepentingan politik.

3. Kesilapan ini jangan sesekali di ulangi. PG masih tidak puashati atas penyerahan medan minyak ini kepada Brunei walau atas apa alasan pun apatah lagi sekiranya ia dikaitkan dengan Limbang.

4. Jiran-jiran juga. Hak kita tetap hak kita. Jangan murah hati sangat. Utamakan kepentingan negara dan rakyat negara ini. Maruah dan kedaulatan rakyat dan negara ini harus di mertabatkan.

No comments: